Isnin, 28 September 2020 | 2:29pm
10 mekanik terbaik anugerah Castrol Unsung Heroes kategori motosikal
10 mekanik terbaik anugerah Castrol Unsung Heroes kategori motosikal

20 mekanik terima anugerah Castrol Unsung Heroes

SERAMAI 20 mekanik Malaysia dinobatkan sebagai penerima anugerah Castrol Unsung Heroes sempena kempen Hari Mekanik Malaysia anjuran Castrol.

Mekanik terbaik yang menerima anugerah adalah individu yang dipilih melalui tiga segmen iaitu kereta, trak dan motosikal.

Ketiga-tiga juara bertahan pertandingan Castrol Super Mechanic Contest 2018 Malaysia dan pertandingan sama di peringkat Asia Pasifik juga telah dinobatkan sebagai pemenang kategori kereta dan trak.

Mereka adalah Low Pai Khoon yang berasal dari Pulau Pinang; Tan Yong Jun dari Perak; dan Yim Shao Ze dari Perlis.

Seramai 20 pemenang Unsung Heroes akan dihadiahkan dengan sijil, trofi Hari Mekanik Malaysia dan barangan eksklusif sumbangan Castrol.

10 mekanik terbaik anugerah Castrol Unsung Heroes kategori kereta dan trak.
10 mekanik terbaik anugerah Castrol Unsung Heroes kategori kereta dan trak.

Selain itu, 10 pemenang kategori kereta dan trak juga akan diberikan kursus latihan automotif untuk mengasah lagi kepakaran mereka dalam industri berkaitan.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan, berkata kempen berkenaan dianjurkan bagi meraikan dan menghargai mekanik Malaysia yang terbabit dalam sektor automotif.

"Kami berharap untuk menyediakan lebih banyak platform bagi meraikan komuniti mekanik pada masa hadapan," katanya.

Kempen anjuran Castrol adalah antara inisiatif untuk memberi penghargaan kepada mereka yang pakar dalam bidang penyelenggaraan automotif.

Penyerahan anugerah Castrol Unsung Heroes kepada mekanik yang rata-ratanya dari Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sabah yang sepatutnya berlangsung pada 18 Mac depan bersempena Hari Mekanik Malaysia, namun terpaksa dibatalkan selepas penganjur membuat penilaian semasa berhubung wabak COVID-19.

Kempen Hari Mekanik Malaysia yang dilancarkan pada November tahun lalu, dijadualkan berlangsung sehingga akhir bulan ini.

Kempen berkenaan merangkumi pelbagai acara untuk memupuk kesedaran awam dan meraikan mekanik seluruh Malaysia atas sumbangan yang telah diberikan selama ini.

Berita Harian X