Selasa, 22 September 2020 | 2:16pm
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin

Tiga varian progresif GLB

PUCHONG: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melengkapkan penawaran barisan portfolio kenderaan utiliti sukan (SUV) apabila memperkenalkan model kelapannya, GLB serba baharu ke pasaran tempatan.

Mercedes-benz ditawarkan dengan tiga varian iaitu GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.

Bagi GLB 200 Progressive Line, model yang dilengkapi enjin 1.3 liter pengecas turbo 4-silinder digabungkan dengan transmisi 7G-DCT 7-kelajuan automatik ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM269,118.15.

Dengan enjin bersaiz lebih kecil, trenkuasa yang dimiliki GLB 200 Progressive Line mampu menghambur 120 kilowatt (kW) atau 163 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 250 Nm.

Ia mampu memecut dari kedudukan pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 9.1 saat dan kelajuan puncak boleh mencecah 207 km/j.

Bagi varian kedua iaitu GLB 250 4MATIC AMG Line, ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM318,009.26.

SUV terbaharu daripada Mercedes-Benz Malaysia yang ditawarkan dengan tiga varian iaitu GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC. - NSTP/Eizairi Shamsudin
SUV terbaharu daripada Mercedes-Benz Malaysia yang ditawarkan dengan tiga varian iaitu GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC. - NSTP/Eizairi Shamsudin

- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin

- NSTP/Eizairi Shamsudin
- NSTP/Eizairi Shamsudin

Dijana enjin 2.0 liter pengecas turbo 4-silinder dengan transmisi 8G-DCT 8-kelajuan automatik, ia mampu memacu 165 kW (224 hp) dan tork maksimum 350 Nm.

Dengan kelajuan maksimum 236 km/j, varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Mercedes-Benz GLB 250 AMG Line turut dilengkapi sistem pacuan semua roda kekal 4MATIC dengan penyaluran tork berubah sepenuhnya.

AMG Line mengukuhkan lagi penampilan varian ini dari segi dalaman dan luaran.

Rekaan badan AMG dan gril radiator berlian dengan louvre tunggal menjadikan ia eksklusif.

Tempat duduk sport turut menyajikan keselesaan optimum termasuk roda stering balutan kulit nappa yang halus dengan rata di bahagian bawah.

Varian terakhir diperkenalkan pastinya paling berkuasa iaitu Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.

Dikuasakan dengan enjin pengecas turbo AMG 2.0 liter 4-silinder, ia mampu menjana kuasa 225 kW (306 hp), sekali gus menjanjikan pemanduan yang menakjubkan.

Trenkuasa digabungkan dengan transmisi AMG SPEEDSHIFT 8G-DCT 8-kelajuan automatik dan AMG Performance 4MATIC pacuan semua roda itu mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat dan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

Berita Harian X