Rabu, 15 Julai 2020 | 3:38pm

The Antartica B42 ditawarkan mulai Ogos

KUALA LUMPUR: Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI melancarkan revolusi baru kotak simpanan dikenali The Antartica B42 MONOLOCK TOP CASE.

Kotak simpanan terkini itu dibangunkan daripada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan dan menyeluruh yang telah dijalankan sejak puluhan tahun dahulu.

Sama seperti produk GIVI yang lain, penyelidikan berkenaan adalah melalui interaksi GIVI dengan penunggang motosikal seterusnya menjadikannya kotak simpanan polimer terbaik yang belum pernah dihasilkan.

Dari segi spesifikasi fizikal reka bentuk, kami tampil dengan reka bentuk baru yang dinamik dan dan elegan.

"Aspek keselamatan adalah tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi. Oleh itu, tambahan elemen prismatik reflektif di setiap empat penjuru bahagian hadapan meningkatkan tahap penglihatan penunggang terhadap orang lain ketika berada di atas jalan raya," kata GIVI.

Dengan kapasiti 42 liter, kotak simpanan ini mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet jenis demi-jet atau satu topi keledar modular.

Selain itu, Antartica B42N juga menampilkan SISTEM MICRO 3 LOCKING, sistem kunci generasi masa kini, bagi membolehkan penunggang mengunci kotak simpanan dengan lebih cekap serta selamat.

Seperti semua kotak simpanan GIVI polimer, B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi.

Penggunaan jenis bahan mentah, campuran serta teknik suktikan menjadi hak milik GIVI yang digunakan bertahun lamanya bagi memastikan struktur rupa bentuk yang lebih kukuh, serta selamat sekali gus menyamai sebagai perkhidmatan jenama yang dipercayai sejak tahun 1978.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee, berkata E43 menjadi salah satu kotak simpanan

yang paling popular di kalangan penunggang motosikal terutamanya di Malaysia.

Katanya, kapasitinya yang besar membolehkan ia membawa barang dalam kuantiti yang banyak.

"Penunggang dari semua jenis motosikal tanpa mengira saiz turut memilihnya. Maka melalui ini, terhasilnya Antartica B42N ini yang mempunyai ukuran kapasiti 42 liter, berbentuk segi empat, tetapi telah diolah kepada reka bentuk revolusi baru yang juga ditambah dengan elemen tahap penglihatan yang lebih sempurna.

"Kami yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI Groups, Joseph Perucca, kedudukan syarikat yang kukuh dan pengetahuan pelanggan tentang produk telah dicapai secara berterusan sejajar dengan tujuan utama syarikat untuk terus berinovasi, memanfaatkan pengalaman serta pengetahuan untuk mencari penyelesaian dan cadangan baru bagi meningkatkan pengalaman terbaik kepada penunggang motosikal.

"Kekuatan gabungan pejabat R&D kami di Malaysia, Brazil dan Vietnam, yang diterajui inspirasi oleh ibu pejabat kami di Itali, telah memangkin semangat kami untuk terus berusaha menginterperasikan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan serta mengubahnya dalam bentuk realiti yang nyata dan kukuh, berdasarkan kualiti, perkhidmatan dan jangka hayat.

"Mengikut peredaran masa serta kehendak masa kini, kombinasi reka bentuk Antartica yang tahan lasak serta berpenjuru ini, nyata telah menambah tonggak yang lebih jauh buat koleksi kami," katanya.

Antartica B42N akan dijual pada harga RM420 mulai bulan depan di GIVI Points serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia.

Berita Harian X