Rabu, 10 Jun 2020 | 7:52pm
PELANGGAN dan penasihat jualan perlu memakai topeng muka sebelum sebarang rundingan dilakukan, selain penjarakan sosial perlu dipatuhi sepanjang masa.
PELANGGAN dan penasihat jualan perlu memakai topeng muka sebelum sebarang rundingan dilakukan, selain penjarakan sosial perlu dipatuhi sepanjang masa.

Semua pusat pengedaran Honda dibuka semula

Honda Malaysia mengumumkan pembukaan semula semua cawangan pengedarannya di seluruh negara.

Namun, pembukaan semula operasi mengambil kira langkah pencegahan demi memastikan tahap keselamatan pelanggan dan kakitangan terjamin.

Ini termasuklah mewajibkan pemeriksaan suhu badan setiap kali memasuki premis dan sekiranya bacaan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius, atau pun mempunyai simptom termasuk demam, batuk atau kesukaran bernafas, individu berkenaan akan dinasihatkan supaya meninggalkan premis untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.

PENJARAKAN sosial amat dititikberatkan untuk memastikan garis panduan dipraktikkan sepenuhnya.
PENJARAKAN sosial amat dititikberatkan untuk memastikan garis panduan dipraktikkan sepenuhnya.

SEMUA kenderaan pandu uji akan dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas sesi pandu uji.
SEMUA kenderaan pandu uji akan dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas sesi pandu uji.

Selain itu, penjarakan sosial dan jumlah pengunjung juga dihadkan di semua cawangan, malah kafe dalam premis tidak akan dibuka.

Ibu bapa juga dinasihati agar tidak membawa anak-anak kecil bersama, malah semua sudut permainan kanak-kanak akan ditutup.

"Proses pembersihan dan pembasmian kuman juga akan kerap dilakukan bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19," katanya.

Bagi pelanggan yang ingin menghantar kenderaan untuk diselenggara, mereka perlu membuat temujanji terlebih dahulu, tiada sistem 'walk-in' dibenarkan.

Malah, perkhidmatan 'car drop' juga ditawarkan di mana ia membenarkan pelanggan yang telah membuat temujanji untuk meninggalkan kenderaan masing-masing di pusat servis.

Berita Harian X