Isnin, 30 March 2020 | 3:09pm
Gambar fail
Gambar fail

Untung Geely Automobile susut 35 peratus

BEIJING: Syarikat automotif China, Geely Automobile Holdings Ltd melaporkan untung bersih tahun lalu susut 35 peratus ekoran jualan lebih rendah selepas pasaran automotif keseluruhan China mengalami kemerosotan berpanjangan pada 2019.

Syarikat induknya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang melabur dalam Volvo Car dan Daimler AG mencatatkan untung bersih 8.19 bilion yuan (RM5.03 bilion) tahun lalu berbanding 12.55 bilion yuan (RM7.7 bilion) pada tahun sebelumnya.

Keputusan kewangan itu membabitkan perbandingan 9.14 bilion yuan (RM5.6 bilion) yang dijangkakan oleh penganalisis, demikian menurut data yang dikeluarkan Refinitiv.

Pendapatan syarikat itu pula mencecah 97.40 bilion yuan (RM59.8 bilion) berbanding 106.60 bilion yuan (RM65.4 bilion) pada 2018.

Penganalisis menjangkakan pendapatan syarikat automotif itu berjumlah 99.43 bilion yuan (RM61 bilion).

Geely Automobile menjual 1.36 juta kereta tahun lalu dan menyasarkan untuk mencapai jualan 1.4 juta kereta tahun ini. - Reuters

Berita Harian X