Selasa, 3 March 2020 | 5:10pm

Proses AP kenderaan lebih ketat

KUALA LUMPUR: Permit Import (AP) yang diteruskan di bawah Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) melalui proses pengagihan lebih ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaksanakan mekanisme yang lebih baik bagi memastikan syarikat benar-benar layak mendapat manfaat.

“MITI tampil dengan mekanisme baru untuk AP, jadi syarikat yang berkaliber dan memiliki perniagaan lebih tersusun menerima AP.

“Kerajaan mahu penerima AP menyumbang kepada sektor automotif negara,” katanya ketika menyampaikan taklimat prestasi automotif 2019 dan prospek 2020 di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Norazman Ayob.

Madani berkata, MITI juga akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan memantau dan mengaudit AP.

“Audit yang akan dilaksanakan ke atas penerima AP ketat untuk memastikan ia memberi manfaat kepada semua,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Madani Sahari berucap pada program ‘Automotive Industry Performance Update 2019 And Outlook In 2020’ di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - Foto BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X