X
Isnin, 2 March 2020 | 6:23pm

Malaysia Autoshow 2020 ditangguh ke Julai

KUALA LUMPUR: Acara automotif tahunan terbesar Malaysia, Malaysia Autoshow 2020, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 April 2020 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ditangguhkan disebabkan kebimbangan berkaitan wabak COVID-19.

Penganjur acara itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu bagi acara itu adalah 2 hingga 5 Julai 2020, di tempat sama.

“Dengan mengambil kira pelbagai faktor, MARii memutuskan untuk menangguhkan acara Malaysia Autoshow 2020, sebagai langkah untuk melindungi peserta, pempamer dan pengunjung berpotensi ke acara itu disebabkan wabak COVID-19 baru-baru ini di peringkat global,” katanya.

MARii berkata, maklumat terkini mengenai Malaysia Autoshow 2020 boleh didapati di laman webnya www.marii.my atau platform media sosial @MARiiMalaysia. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X