Jumaat, 21 Februari 2020 | 5:26pm

Honda Malaysia naikkan harga kenderaan

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia menaikkan harga beberapa keretanya antara lima hingga sembilan peratus, bergantung kepada model dan varian, berkuatkuasa serta merta.

Ia membabitkan tiga model iaitu Jazz, City dan CR-V.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, kenaikan harga bagi kereta Honda terpilih itu susulan semakan semula ke atas insentif khas kereta pemasangan tempatan (CKD).

“Insentif khas ini berbeza daripada peraturan penilaian eksais diumumkan sebelum ini, yang dijangka tidak memberi kesan kepada harga kenderaan.

“Honda Malaysia akan mematuhi sepenuhnya keperluan terkini itu. Pelarasan harga akan diseragamkan di semua 100 pengendar Honda seluruh negara,” katanya.

Berdasarkan pelarasan harga baharu itu, model CR-V varian 2.0 2WD

Standard menyaksikan kenaikan tertinggi sebanyak 9.25 peratus di Semenanjung Malaysia, dengan harga terbaharunya kini adalah RM151,100.

Sementara itu, kenaikan paling kecil menyaksikan harga baharu model City varian V meningkat 5.3 peratus.

Berita Harian X