Rabu, 19 Februari 2020 | 3:42pm
WARNA baharu Yamaha YZF-R25.
WARNA baharu Yamaha YZF-R25.

Dua warna, grafik baharu Yamaha YZF-R25

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan dua warna dan grafik baharu bagi model YZF-R25 2020.

Model paling laris dalam segmen jalanan ditawarkan dengan dua pilihan warna dan grafik baharu iaitu Matt Silver dan Matt Blue.

HLYM mendedahkan, pengenalan warna dan grafik baharu itu akan mewujudkan keterujaan baharu dari segi penampilan YZF-R25.

WARNA baharu Yamaha YZF-R25.
WARNA baharu Yamaha YZF-R25.

Meskipun tampil dengan gaya baharu, harga jualan asas yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans kekal iaitu RM19,998.

Yamaha YZF-R25 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha sejak 17 Februari lalu.

Bagaimanapun, YZF-R25 tampil dengan enjin sama iaitu berkapasiti 249 CC, 4-strok, 8-valve sejukan cecair DOHC dan suntikan bahan bakar.

Rangkaian kuasanya turut digabungkan dengan transmisi enam kelajuan yang mampu menghamburkan 35.5 bhp pada 12,000 rpm dan tork puncak 22.1 Nm pada 10,000 rpm.

Berita Harian X