Selasa, 11 Februari 2020 | 2:41pm
Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Lexus NX300, lambang SUV mewah

Ini adalah kali kedua penulis memandu uji Lexus NX300, cuma bezanya pandu uji kali ini lebih menarik kerana penulis boleh ke mana saja yang dimahukan dalam masa lima hari sesi yang diberikan.

Sesi pandu uji individu yang diberikan oleh Lexus Malaysia kepada penulis membolehkan jentera kenderaan utiliti sukan (SUV), Lexus NX300 ini ditelaah dengan sebaiknya.

Lexus NX300 baharu memiliki banyak fungsi keselamatan yang menarik yang mana amat praktikal untuk digunakan dalam keadaan trafik sesak di kota raya seterusnya memberikan kesenangan serta keselesaan setiap kali berada di dalam kabin tidak kira waktunya.

Antara ciri yang paling menarik adalah Lexus Safety System + (LSS +), iaitu sistem menyeluruh yang kali pertama ditawarkan pada mana-mana model Lexus setakat ini. Mereka mahu kami mencubanya.

LSS + adalah pakej bersepadu sistem keselamatan berkenaan direka untuk mendorong kesedaran pemandu, membantu mereka membuat keputusan dan mengawal operasi kenderaan dalam julat kelajuan yang luas dan pelbagai keadaan.

Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ciri keselamatan menakjubkan

Ciri utama pada LSS+ termasuk Sistem Prapelanggaran (PCS) dengan Bantuan Brek Prapelanggaran, Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Amaran Pertukaran Lorong (LDA).

Lexus NX baharu ini juga turut dilengkapi ciri Bantuan Belokan Aktif (ACA) dan Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) canggih yang boleh mengubah kelajuan untuk mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.

Ia juga tidak hanya berkesan ketika kenderaan bergerak, sebaliknya turut berfungsi sehingga 0 kilometer sejam (km/j), membolehkannya membantu pemandu dalam keadaan trafik sesak di dalam bandar tanpa memerlukan apa-apa input daripada pemandu sendiri.

Sememangnya benar, penulis tetapkan had laju kepada sekitar 50km/j dan mengaktifkan pemanduan cruise.

Lexus NX300 meluncur sendiri tanpa penulis perlu menekan pedal minyak mengikut kelajuan kereta hadapan pada jarak yang ditetapkan sendiri oleh penulis.

Lebih menarik, Lexus NX300 juga akan membrek secara automatik apabila kenderaan di depan memperlahankan kenderaan atau membrek.

Jadi dengan LSS + penulis tidak perlu gusar lenguh kaki apabila terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Menjadikan LSS + istimewa adalah ciri PCS, LTA, LDA dan ACA di mana penulis cuba untuk tidak memegang stereng ketika auto cruise dihidupkan. Lexus NX300 bergerak sendiri dan membelok mengikutkan laluan.

Cuma amaran akan kedengaran apabila penulis tidak memegang stering melebihi lima saat jika tidak silap.

Itu pada kelajuan rendah. Penulis turut turut mencuba pada kelajuan sekitar 120 km/j dan fungsi LSS + kekal aktif. Cuma penulis perlu berada dalam siap sedia untuk mengawal semula stereng.

Fungsi ini cukup menarik bukan!. Ia ternyata menyenangkan pemandu.

Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Tiga varian pilihan

Lexus NX terbaru ini dibangun menggunakan konsep teras “Premium Urban Sport Gear,” pendekatan terbaru yang diterapkan Lexus bagi model SUV mewah generasi akan datang.

Hasilnya ialah sebuah kenderaan yang sarat dengan sentuhan mewah dan bergaya yang tidak hanya menepati keperluan pengangkutan warga kota semata-mata, tetapi turut dilengkapi dengan teknologi canggih, prestasi terbaik ke atas persekitaran serta ciri khas kenderaan Lexus yang diperhalusi.

Menyentuh mengenai pilihan, Lexus NX baharu ini ditawarkan dalam tiga varian; NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport yang sudah berada di semua bilik pameran Lexus di Malaysia bermula 22 Jun lalu.

Berbalik kepada rangkaian kuasa digunakan Lexus NX300, model terbaru SUV mewah urban ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter empat silinder petrol (8AR-FTS) yang menghasilkan sebanyak 235 kuasa kuda (hp) antara 4,800 rpm hingga 5,600 rpm, sementara tork pula sebanyak 350 Nm antara 1,650 rpm hingga 4,000 rpm.

Ia digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan berturutan (6 Super ECT) dengan kawalan Torque Demand, memberikan maklum balas dan kuasa memecut yang lebih lancar.

Sistem G-Force Artificial Intelligence (G-AI) pula memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan dengan cara membantu memilih kedudukan gear optimum dan corak menurunkan gear sebagai maklum balas kepada G-force semasa kenderaan.

Model ini turut dilengkapi dengan ciri AWD Kawalan Tork Dinamik bagi memberikan prestasi pemanduan yang optimum serta kestabilan kawalan dan penjimatan penggunaan bahan api.

Pemandu juga boleh memilih antara mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, ECO dan Sport melalui tombol Drive Mod Select di tengah. Bagi varian NX300 F-Sport, mod tambahan Sport S+ turut tersedia, memberikan prestasi pemanduan yang lebih sporty dengan ciri Suspensi Pembolehubah Adaptif (AVS).

Mewah, bergaya dan praktikal

Memperkayakan lagi imej SUV crossover moden padanya, bahagian dalaman Lexus NX menggabungkan perwatakan rekaan dan tataletak yang praktikal.

Diperhalusi sama seperti pada model Lexus yang lain, NX akan menarik perhatian sesiapa saja terhadap material berkualiti tinggi serta ketelitian buatan yang ditampilkannya.

Ruang dalaman disempurnakan lagi dengan kedudukan suis dan butang kawalan pula mudah dicapai.

Pusat kawalan sistemnya terletak pada panel paparan lapan inci yang ada di tengah. Antaramuka Sentuhan Jauh (RTI) pula berkembang dan menjadi lebih mesra pengguna.

Bagi sudut luaran, Lexus NX baharu kekal dengan tema rekaan Urban Sport Gear, dengan rekaan gril spindle yang menjadi tanda khusus bagi jenama Lexus.

Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Lexus NX300 mengekalkan reka bentuk menonjol dengan ciri keselamatan termaju. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Lampu isyarat berturutan baru pula menyumbang kepada penampilan terkini yang lebih dinamik.

Lain-lain ciri keselamatan yang tersedia termasuk Amaran Sokongan Parkir dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) yang dapat membantu mengelakkan silau pada kenderaan dari arah bertentangan.

NX300 F-Sport pula dilengkapi dengan sistem Suspensi Pembolehubah Adaptif (AVS), sementara NX300 Premium turut mempunyai ciri Peninjau Titik Buta (BSM) dan sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Lexus NX300 ini mempunyai lapan beg udara SRS yang dipasang pada kabinnya untuk perlindungan pasif bagi semua penumpang. Selain itu, tapak ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak juga mudah dikesan dan digunakan, tersedia pada tempat duduk barisan kedua.

Keseluruhannya terdapat tujuh pilihan warna bagi Lexus NX300, termasuk Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Bagi NX300 F-Sport pula, ia turut ditawarkan dalam warna khas Heat Blue CL atau Lava Orange CS.

Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Keunggulan kejuruteraan Lexus memacu kemajuan NX300 menjadi SUV berdaya saing. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Info: Lexus NX300

  • Harga: RM313,888 (tidak termasuk insurans)
  • Enjin: 2.0 liter empat silinder
  • 235 hp, tork 350Nm
  • Berita Harian X