Isnin, 6 Januari 2020 | 2:48pm
BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email
BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email

Honda RS150R kembali menyengat segmen kapcai sports

Boon Siew Honda membuka lembaran baru tahun 2020 dengan pengenalan Honda RS150R baharu, sekali gus mengembalikan sengatnya ke atas segmen kapcai sports.

Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan lebih sporty, ditambah dengan sentuhan premium.

Selaras dengan konsep ini, fender belakang direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing, yang mana mempertingkatkan visual keseluruhan.

BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email
BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email

BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email
BOON Siew Honda melancarkan Honda RS150R baharu ke pasaran Malaysia. NSTP/Email

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R turut mendapat kemasan moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi.

Fungsi terbaru ini untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap maklumat di panel meter.

Ciri ini meningkatkan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang.

Honda RS150R turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi.

Model utama kapcai baharu berkenaan, kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada - Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Dari aspek kuasa, RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC 6-kelajuan yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Info: Harga Honda RS150R

* Varian Standard (Trico, Black, Blue) - RM8,199

* Varian Repsol - RM8,499

* Jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) atau yang mana tiba dulu

* Paparan meter LCD yang menawarkan pelbagai maklumat bagi kemudahan penunggang

* Rim tayar 17 inci dengan warna emas menampakkan kemasan premium

Berita Harian X