Isnin, 7 Oktober 2019 | 6:47pm
TAN Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) melancarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih kenderaan pertamanya yang dikenali sebagai DriveOn by TAN CHONG, NSTP/Emel

TCEAS lancar perkhidmatan aplikasi mudah alih 'DriveOn by TAN CHONG'

KUALA LUMPUR: Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) melancarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih kenderaan pertamanya yang dikenali sebagai DriveOn by TAN CHONG, khas untuk pemilik kereta Nissan, Renault dan Infiniti.

Aplikasi mudah alih DriveOn by TAN CHONG menawarkan kemudahan pada masa sebenar kepada pemilik untuk merancang aspek penyelenggaraan kenderaan mereka.

Kemudahan yang ditawarkan merangkumi:

* Jadual temu janji servis – lihat slot tempahan temu janji secara langsung dan menjadualkan temu janji, dapatkan lokasi mana-mana daripada 60 pusat servis TCEAS dan tetapkan pusat servis kegemaran anda, serta navigasi ke cawangan terbabit. Temu janji untuk menukar inflator beg udara Takata juga boleh dibuat menerusi aplikasi ini.

* Rekod sejarah servis – lihat dan pantau rekod servis kenderaan anda.

* Maklumat servis – dapatkan maklumat pakej servis, alat ganti dan harga anggaran lebih awal.

* Peringatan mengenai servis – pelanggan akan diingatkan apabila tarikh servis hampiri dan diberitahu apabila kereta sudah siap untuk diambil semula.

* Bantuan tepi jalan yang mudah – akses ke atas bantuan kecemasan tepi jalan dan pusat panggilan 24-jam untuk mendapatkan bantuan berkaitan kenderaan. Aplikasi ini juga menyediakan maklumat ‘Do’s & Don’ts’ sekiranya pengguna terbabit dalam kemalangan.

* Promosi aplikasi mudah alih sahaja – layak untuk menerima promosi yang hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi.

* Kemas kini promosi secara serta-merta – notifikasi mengenai promosi menarik atau acara akan datang.

* e-Majalah ‘Drive On’ – dapatkan berita dan perkembangan terkini Nissan, tip-tip pemanduan dan penyelenggaraan, di samping pelbagai topik yang menarik minat anda, keluarga dan rakan-rakan.

* GoCar Malaysia – tawaran tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan GoCar apabila kereta anda sedang diselenggara

Aplikasi itu juga membolehkan beberapa kenderaan yang dimiliki oleh individu sama didaftarkan.

Boleh didapati secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store, pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti dijemput untuk memuat turun aplikasi servis mudah alih DriveOn by TAN CHONG.

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancarannya, 5,000 muat turun pertama yang berjaya dimuat turun dan didaftarkan bakal menerima diskaun sebanyak lima peratus ke atas alat ganti daripada TCEAS tertakluk kepada terma.

Berita Harian X