Jumaat, 12 April 2019 | 9:52am
Geometry A. - Foto slashgear.com
Geometry A. - Foto slashgear.com
Geometry A. - Foto slashgear.com
Geometry A. - Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com
Geometry A.- Foto slashgear.com

Geely lancar kereta elektrik premium 'Geometry' di Singapura

SINGAPURA: Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) hari ini melancarkan model kereta elektrik sepenuhnya, dikenali sebagai Geometry A.

Jenama baharu itu dilengkapi logo perak terkini menekankan gaya yang mudah dan keaslian model elektrik jenama itu.

"Geometry komited untuk menjadi jenama pilihan bagi mobiliti elektrik sepenuhnya oleh pengguna di seluruh dunia.

"Menjelang 2025, Geometry akan melancarkan lebih 10 model elektrik sepenuhnya, yang akan merangkumi sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV)," kata Presidennya, An Conghui pada majlis pelancaran di sini malam tadi.

Mensasarkan jualan pada permulaannya di bandar peringkat pertama dan kedua di China, Geometry A, dengan harga subsidi bermula daripada 150,000 renminbi (RM92,000), mensasarkan generasi pengguna baharu yang mahukan teknologi, mencari reka bentuk elegan, dan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada ‘avantgarde’.

Sehingga hari ini, syarikat itu menerima tempahan sebanyak 27,000 unit Geometry A, kata An.

Geely mensasarkan kenderaan tenaga baharu menyumbang 90 peratus daripada jualan kenderaannya menjelang 2020, iaitu 35 peratus daripada model elektrik sepenuhnya. - BERNAMA

Berita Harian X