Selasa, 9 April 2019 | 1:19pm
PENGARAH Urusan Givi Asia, On Hai Swee (kiri) bersama Pengurus Operasi Luar Negara Givi Groups, Joseph A Perucca (kanan) dan penjelajah bermotosikal terkenal, Anita Yusof ketika memperkenalkan barisan produk baharu Givi untuk pasaran Malaysia di Genting Highland, baru-baru ini.
PENGARAH Urusan Givi Asia, On Hai Swee (kiri) bersama Pengurus Operasi Luar Negara Givi Groups, Joseph A Perucca (kanan) dan penjelajah bermotosikal terkenal, Anita Yusof ketika memperkenalkan barisan produk baharu Givi untuk pasaran Malaysia di Genting Highland, baru-baru ini.

GIVI lancar koleksi produk baru 2019

PENGELUAR aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI Asia melancarkan lebih daripada 15 produk baharu bersempena Ulang Tahun ke-25 yang berlangsung di Genting Highlands, baru-baru ini.

Antara Koleksi terbaru GIVI 2019 adalah MONOLOCK B32N-ADVANCE BOLD TOPCASE (harga RM340), MONOLOCK B270N TOPCASE (harga RM185), MONOKEY E23N SIDE CASE (harga RM550) dan G12N FIXED SYSTEM CENTER CASE (harga RM106).

Rangkaian produk baharu itu diperbaharui dan dinovasikan dengan teknologi tinggi serta mesra pengguna, kebolehpercayaan dan lebih tahan.

Sebagai contoh kotak simpanan atau lebih dikenali dengan boks B32N-ADVANCE BOLD kini hadir dengan empat komponen tambahan iaitu sepasang pemegang rod besi tahan karat di atas boks, jaringan elastik (serbaguna), tempat penyandar belakang serta turut didatangkan dengan padding dalaman.

Ia adalah boks yang diadaptasi daripada boks B32 BOLD yang mendapat permintaan ramai.

Boks lebih unik

Selain itu, GIVI juga tampil dengan, B270N MONOLOCK TOPCASE, boks yang mengekalkan rupa bentuk dan warna tetapi berbeza fungsinya.

Kotak simpanan dengan kapasiti 27 liter itu hadir dengan rupa bentuk aerodinamik serta sporty serta tampil dengan kemasan logo GIVI berwarna perak.

Lebih menarik, boks terkini itu juga menawarkan fungsi sistem kekunci Monolock terbaharu yang mampu ditutup tanpa memerlukan kunci.

Di bahagian atas, terdapat kemasan karbon fiber, sekali gus menambahkan kesan premium sporty boks itu.

Di samping dua Topcase terbaru, Givi Asia juga memperkenalkan kotak simpanan sisi terbaru E23 Monokey Side.

Dengan kapasiti 23 liter untuk setiap sisi, boks itu mempunyai beban maksimum sehingga 5 kilogram (kg), lampu isyarat bersepadu tambahan dan jalur reflektif prisma yang tinggi, sekali gus ciri keselamatan ini mampu memberi kesan pencahayaan tentang keberadaan anda di atas jalan raya.

Selain itu, G12 Fixed Sistem Center Case juga turut diperkenalkan, di mana ia diinovasikan daripada produk G10 Center Case.

Berbanding dengan Case Center G10 sebelumnya, Boks tengah G12 mempunyai kapasiti beban maksimum 12 liter.

Berita Harian X