Khamis, 29 November 2018 | 8:29am
Renault Koleos. - Foto NSTP
Renault Koleos. - Foto NSTP

TCEC lancar Renault Test Drive Challenge

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, mengumumkan kempen 'Renault Test Drive Challenge' yang menawarkan pelbagai hadiah kepada peserta bermula 7 November hingga 31 Disember depan.

Menerusi kempen itu, orang ramai yang memandu uji mana-mana model Renault di bilik pameran berpeluang memenangi salah satu daripada 85 hadiah yang ditawarkan termasuk, lima unit Apple Iphone XS, 50 kad petrol bernilai RM100 dan pek eksklusif Renault.

Kempen itu terbuka kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah.

Pemenang Renault Test Drive Challenge akan ditentukan menerusi satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan akan diumumkan pada 31 Januari 2019.

Renault Captur. - Foto NSTP
Renault Captur. - Foto NSTP

Sementara itu, TCEC juga melanjutkan promosi ke atas beberapa unit terhad kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Renault Koleos dan Captur.

Unit terhad model pra-facelift Captur 2018 kini ditawarkan pada harga RM89,999 manakala model facelift pula pada harga RM98,999.

Unit terhad Renault Koleos 2WD bagi model 2018 pula ditawarkan pada harga promosi RM169,840 manakala model signature 2WD 2018 dijual pada harga RM184,888.

Pembelian menerusi promosi turut hadir bersama pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.

Menurut TCEC, pelanggan yang membuat tempahan dalam tempoh kempen akan menerima hadiah tambahan akhir tahun berupa tinted Raytech Solar dan Security bernilai sehingga RM1,800.

Kempen akhir tahun itu sah ke atas kenderaan yang didaftarkan bermula 7 November hingga 31 Disember 2018.

INFO: Renault Test Drive Challenge
- Bermula 7 November hingga 31 Disember 2018
- Terbuka kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas

Berita Harian X