Rabu, 20 Jun 2018 | 5:20pm
Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen bersama Renault Koleos 4WD baharu yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen bersama Renault Koleos 4WD baharu yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Harga baharu Renault tawar penjimatan

KUALA LUMPUR: TCEC Euro Cars (TCEC) pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan harga baharu bagi model Renault berkuat kuasa serta-merta berikutan implementasi kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ketua Pegawai Eksekutif TCEC, Kuan Kim Luen, berkata harga sifar GST itu akan kekal sehingga perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Katanya, TCEC turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk rebat tunai ke atas model-model tertentu dengan gabungan penjimatan sehingga RM40,000.

"Harga baharu kadar sifar bagi Renault Fluence (unit terhad) adalah RM113,143. Disertakan insentif tambahan, ia kini dijual pada harga RM79,888.

"Selain Fluence, tawaran menarik itu juga terdapat pada model Captur (pra-facelift) yang dijual pada harga RM89,999, Captur facelift (RM95,999), Koleos 2WD (RM159,888), Koleos 2WD Signature (RM179,888) dan Koleos 4WD (RM189,888)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tawaran itu juga turut disertakan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

"Bagi Renault Captur, ia didatangkan dengan pakej selepas jualan 5-in-Captur yang merangkumi servis dan penyelenggaraan percuma untuk alat ganti dan kos buruh selama lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000 kilometer.

"Selain itu, bantuan tepi jalan 24 jam secara percuma, perkhidmatan mengambil dab menghantar sewaktu penyelenggaraan berjadual di pusat servis Renault serta khidmat kereta gantian jika alat ganti tidak dapat diperoleh selama lebih 48 jam di pusa servis sah," katanya.

Mengulas lanjut, Kuan berkata, ini adalah masa terbaik untuk orang ramai membeli kenderaan Renault berikutan tempoh pelepasan cukai yang ditambah dengan insentif daripada TCEC.

"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan ia menjadi komponen penting dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan serta sokongan dengan kualiti terbaik.

"Selain menawarkan liputan servis dan penyelenggaraan yang meluas menerusi 14 pusat servis Renault dan rangkaian Tan Chong Group, pelanggan juga tidak perlu bimbang mengenai bekalan alat ganti yang sentiasa mencukupi," katanya.

Berita Harian X