Rabu, 21 March 2018 | 9:00am
AKTIVITI yang disediakan sepanjang Parti Hujung Minggu Renault di Petaling Jaya baru-baru ini. - Foto NSTP
AKTIVITI yang disediakan sepanjang Parti Hujung Minggu Renault di Petaling Jaya baru-baru ini. - Foto NSTP

Parti hujung minggu Renault meriah

SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina, TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia menganjurkan parti di bilik pameran utama Renault di Petaling Jaya.

Acara pada hujung minggu itu membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan menyertai banyak aktiviti menarik bersama seisi keluarga.

Lebih menarik, mereka yang membeli mana-mana model Renault berpeluang untuk memenangi sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault Twizy bernilai RM86,800 menerusi 'Peraduan Beli & Menang'.

Selain itu TCEC juga menawarkan penjimatan hebat sehingga RM30,000 ke atas model utama Renault, menerusi kempen 'Favours the Bold' yang berlangsung hingga 31 Mac 2018.

Aktiviti menarik

Antara aktiviti menarik sempena Parti Hujung Minggu Renault termasuk persembahan tarian singa, trak makanan, cabutan bertuah pada setiap jam yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk jam tangan Cerruti serta barangan lain yang ditaja oleh Raytech, GoCar dan Mayflower bernilai lebih RM10,000, serta aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna dan istana belon.

Selain itu, peminat kereta, terutama hatchback pasti gembira kerana mereka boleh melihat Renault Megane GT secara lebih dekat dan boleh dipandu uji.

Satu lagi acara penting sepanjang parti hujung minggu Renault termasuk basuh kereta percuma untuk pelanggan Renault berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, penilaian kenderaan secara percuma dan tawaran terus oleh MUV, selain peluang memandu uji Renault Twizy.

Berita Harian X