Ahad, 24 Disember 2017 | 10:13am
KEADAAN di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad
KEADAAN di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Harley-Davidson kembali ke Malaysia

BERITA gembira bagi pemilik motosikal jenama Harley Davidson di seluruh negara apabila syarikat motosikal terkemuka itu kini kembali ke Malaysia dengan membuka pusat servis sahnya di Petaling Jaya.

   Dinamakan 'Harley-Davidson of Petaling Jaya', ia juga bakal menempatkan cawangan pengedar rasmi Harley-Davidson yang bakal dibuka pada hujung Januari tahun depan.

   Pengurus Bengkel Harley-Davidson of Petaling Jaya, Ahmed Fikeri Mat Yusof, berkata bengkel itu kini sudah beroperasi sejak 9 Disember lalu dan dibuka pada Isnin hingga Sabtu.

Dibuka dari Isnin hingga Sabtu

   "Bengkel ini dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 6 petang bagi Isnin hingga Jumaat manakala Jumaat, ia dibuka pada jam 9 pagi hingga 4 petang.

   "Bengkel ini menjamin perkhidmatan servis yang berkualiti menerusi mekanik yang bertauliah serta hanya menggunakan alat ganti tulen.

   "Alat ganti tulen ditempah dari pusat pengederan kawasan yang berpangkalan di Singapura sekali gus menjanjikan perolehan alat ganti dengan pantas," katanya ketika ditemui BHAuto, baru-baru ini.

PEKERJA melakukan kerja-kerja membaiki motosikal Harley Davidson ketika di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA melakukan kerja-kerja membaiki motosikal Harley Davidson ketika di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Tawar servis secara berkumpulan

   

Selain itu, Fikeri berkata, Harley-Davidson of Petaling Jaya turut menerima tempahan servis secara berkumpulan.

   "Kita akan menyediakan satu tarikh khas untuk memberi perkhidmatan servis bagi mereka yang membuat tempahan secara berkumpulan. Mereka hanya perlu hubungi kami dan berbincang untuk mendapatkan tarikh yang sesuai.

   "Selain itu, kita juga menawarkan perkhidmatans servis pantas yang hanya memakan masa dua jam pada hari Sabtu," katanya.

   Pemilik motosikal Harley-Davidson yang ingin mendapatkan perkhidmatan servis sah itu boleh membuat tempahan tarikh dengan menghubungi 0189861229 atau 0189801229, atau datang secara 'walk-in' di Harley Davidson of Petaling Jaya di The Gasket Alley, Seksyen 13, Petaling Jaya.

PENGURUS bengkel, Ahmad Fikeri Mat Yusof menunjukan peralatan yang digunakan membaiki motosikal Harley Davidson ketika di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad
PENGURUS bengkel, Ahmad Fikeri Mat Yusof menunjukan peralatan yang digunakan membaiki motosikal Harley Davidson ketika di Harley Davidson of Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Info 
Harley-Davidson of Petaling Jaya

  • Menempatkan pusat servis dan pengedar sah Harley-Davidson
  • Pusat servis dibuka pada jam 9.30 pagi - 6 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 9 pagi hingga 4 petang (Sabtu)
  • Boleh membuat tempahan secara berkumpulan
  • Servis pantas pada Sabtu (2jam)
Berita Harian X