X
Khamis, 26 Oktober 2017 | 8:00am
PENGARAH Urusan GIVI Asia, On Hai Swee (kiri); Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerkan boks terbaharu GIVI di Port Dickson.
PENGARAH Urusan GIVI Asia, On Hai Swee (kiri); Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerkan boks terbaharu GIVI di Port Dickson.

Givi Asia bawa 200 peserta ke MotoGP

GIVI Asia bakal membawakan kira-kira 200 pemilik motosikal yang memiliki kotak simpanan barang (boks) Monolock B32 Bold yang dilancarkan Julai lalu untuk berkonvoi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan acara pemotoran, MotoGP pada 29 Oktober ini.

Dengan yuran penyertaan RM120 bagi penunggang dan RM150 (pembonceng), peserta akan menerima pakej eksklusif barangan bernilai lebih RM400 setiap seorang.

Barangan eksklusif berkenaan ialah jersi GIVI (edisi terhad), beg pinggang GIVI, pelindung topi keledar GIVI, topi GIVI, tiket tempat duduk Grandstand, parkir motosikal @ SIC, minyak enjin jenama Castrol, sarapan dan minuman tenaga Monster.

Konvoi 60km

Peserta yang menyertai konvoi berkenaan akan berkumpul pada jam 7 pagi di Menara Kuala Lumpur untuk acara pelepasan yang dijadualkan pada jam 9 pagi.

Selepas itu, peserta akan menyertai konvoi sejauh 60 kilometer (km) ke SIC untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP.

Menurut GIVI Asia, konvoi seumpama itu menjadi acara tahunan bagi syarikat dan ia sudah memasuki tahun ke-10 penganjurannya.

"Pendaftaran terhad kepada 200 peserta berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. E-mel ke event@givi.com.my untuk pendaftaran," katanya.

Berita Harian X