X
Khamis, 3 Ogos 2017 | 9:00am
WAKIL media bergambar kenangan sebelum majlis pelepasan acara Tunggangan Penghargaan Media GIVI dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.
WAKIL media bergambar kenangan sebelum majlis pelepasan acara Tunggangan Penghargaan Media GIVI dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.
HAI Swee (kiri), Perucca (kanan) dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerkan boks terbaharu GIVI.
HAI Swee (kiri), Perucca (kanan) dan Pereka Bentuk Produk GIVI Asia, Rozaida Zaki ketika mempamerkan boks terbaharu GIVI.

Tunggangan santai GIVI

SERAMAI 25 wakil media daripada segmen permotoran menyertai Tunggangan Penghargaan Media GIVI ke Port Dickson, bulan lalu.  

Acara pertama kali dianjurkan GIVI Asia itu lebih menarik kerana setiap wakil media disediakan kotak barang terkini, Monolock B32 Bold, topi keledar penutup penuh model Turismo, baju hujan model PRS01 dan beg pinggang. 

Perjalanan membabitkan 120 kilometer sehala dari GIVI Point, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle Port Dickson berdepan cuaca tidak menentu.

120 kilometer

Sejak bermula dari Kuala Lumpur, cuaca mendung menyusuri perjalanan wakil media sebelum kami berhenti untuk mengisi petrol di Petronas Solaris, Serdang.  

Selepas perjalanan bersambung, kami terpaksa berhenti sekali lagi untuk memakai baju hujan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban kerana hujan lebat sebelum meneruskan tunggangan.  

Hujan akhirnya reda ketika konvoi memasuki susur keluar Port Dickson sebelum berhenti untuk kali ketiga bagi mengisi petrol.  

Selepas berehat seketika, kami meneruskan tunggangan ke Eagle Ranch Resort Port Dickson untuk makan tengah hari sebelum daftar masuk ke Hotel Thistle Port Dickson untuk berehat seketika.

Perkenal boks baharu

Dalam acara bersaingan di Port Dickson, GIVI turut memperkenalkan kotak barang (boks) baharu untuk pasaran tempatan dikenali Monolock B32 Bold yang ditawarkan pada harga tanpa GST RM210.  

Monolock B32 yang bakal ditawarkan di pasaran minggu depan itu menggunakan sistem yang dipatenkan GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal berkuasa 250cc ke bawah.  

Reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32 liter ini diilhamkan dengan gaya baharu dalam pembuatan produk ini menerusi penggunaan Polypropylena (PP) yang terbukti sangat kukuh dan tahan lama dalam keadaan cuaca di Malaysia.  

Menggunakan sistem kunci 'clack', ia memudahkan pengguna dengan hanya sekali klik untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci.  

"Reka bentuk bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold selepas kajian mendalam kami mendapati ia lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur," kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

The Red Explorer diperkenal

Pada acara sama, wakil media turut diperkenalkan dengan bas persiaran dua tingkat dikenali 'The Red Explorer' yang akan digunakan sebagai pameran bergerak berserta ruang hospitaliti bagi acara permotoran yang disertai GIVI.

"Bas ini akan bertindak sebagai serampang dua mata iaitu pameran dan penjenamaan bergerak kami. Kami akan menjelajah seluruh negara dan mendekati peminat jenama GIVI dalam acara permotoran," kata Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca.

Info:
Tunggangan Penghargaan Media GIVI

  • Disertai 25 media tempatan
  • Perjalanan dari KL- Port Dickson
  • 120 kilometer sehala

GIVI Monolock B32 Bold

  • Harga tanpa GST RM210
  • Bentuk bersegi
  • 32 liter
  • Untuk kegunaan motosikal berkapasiti 250cc ke bawah
Berita Harian X