Selasa, 28 March 2017 | 8:55pm

Yamaha tawar dua warna unik R25

DUA warna baharu yang diperkenalkan, Racing Blue dan Matt Black.
DUA warna baharu yang diperkenalkan, Racing Blue dan Matt Black.

HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan barisan warna baharu bagi model Yamaha YZF-R25.

Warna dan reka bentuk grafik baharu itu melengkapkan prospek anggun dan sporty YZF-R25 yang mana akan menonjolkan penampilannya yang lebih segar untuk model supersports popular ini.

Model 250cc ini kini ditawarkan dengan dua warna dan grafik yang unik iaitu 'Racing Blue' dan 'Matt Black'

Lebih menarik harga jualan asas selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi model ini tidak berubah kepada RM 20,630.78.

Yamaha YZF-R25 adalah motosikal sports yang menggunakan enjin dua silinder 250cc DOHC dan menawarkan tunggangan lincah berdasarkan binaan badan serba ringan serta pusat graviti rendah.

Model yang dipasang di kilang milik HLYM di Sungai Buloh dan komponennya diimport dari beberapa negara ASEAN mula diperkenalkan pada Februari 2015.

Info:
Yamaha YZF-R25

  • Harga jualan termasuk GST: RM20,630.78
  • Enjin: 249 cc, dua silinder, empat lejang, DOHC, 8 injap, suntikan bahan api, minyak 2.4 liter
  • Transmisi: Enam kelajuan, klac empar basah
  • Kuasa maksimum: 26.5kW @ 12,000rpm
  • Tork maksimum: 22.6Nm @ 10,000rpm
  • Tangki minyak: 14.3 liter
  • Suspensi depan: Teleskopik
  • Suspensi belakang: Monocross
  • Brek hadapan: Cakera Hidraulik, Dwi Omboh (Dual Piston)
  • Brek belakang: Cakera Hidraulik, Piston Tunggal
  • Saiz rim: 17 inci
  • Berat: 166kg
Berita Harian X