Jumaat, 19 Ogos 2016 | 8:30am
MOTOSIKAL skuter Yamaha NMax. - Foto Ghazali Kori
MOTOSIKAL skuter Yamaha NMax. - Foto Ghazali Kori
MOTOSIKAL skuter Yamaha NMax. - Foto Munira Abdul Ghani
MOTOSIKAL skuter Yamaha NMax. - Foto Munira Abdul Ghani

Pemilikan Nmax berbaloi

SKUTER Yamaha senang dikendalikan. - Foto Munira Abdul Ghani
SKUTER Yamaha senang dikendalikan. - Foto Munira Abdul Ghani

JIKA disebut berkenaan skuter atau motosikal automatik, kita mempunyai banyak pilihan untuk memiliki pelbagai jenama kerana kebanyakan jenama yang tidak asing di Malaysia menawarkan varian berkenaan bagi mengimbangi model sedia ada.

Bagi BH Auto, pengalaman menunggang skuter bermula dari Yamaha Ego generasi pertama sangat baik. Jadi, persepsi sebelum menunggang uji Nmax juga amat positif kerana penulis sudah membayangkan keupayaan jenama keluaran Yamaha.

Ternyata telahan penulis tepat kerana sejak mula memulas pendikit, apa yang boleh saya katakan, ia sangat menyenangkan.

Kuasa yang terhasil lebih daripada mencukupi iaitu dari Ibu Pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) di Sungai Buloh untuk kembali ke pusat bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Sepanjang tunggangan, penulis amat yakin dengan kuasanya dengan pecutan maksimum 120 kilometer sejam (km/j) di sepanjang lebuh raya bersama skuter ini termasuk ketika mengambil selekoh.

Maklum balas pendikitnya juga sangat responsif dan tepat, malah kuasa membrek juga padu.

Dari segi keselesaan pula, ruang rehat lantai kaki yang tersedia panjang dan lapang amat sesuai untuk penunggang tinggi atau rendah menunggang dengan bersahaja.

MAKLUM balas pendikitnya sangat responsif dan tepat, malah kuasa membrek juga padu. - Foto Ghazali Kori
MAKLUM balas pendikitnya sangat responsif dan tepat, malah kuasa membrek juga padu. - Foto Ghazali Kori

RUANG simpanan luas. - Foto Ghazali Kori
RUANG simpanan luas. - Foto Ghazali Kori

Selama seminggu diberi peluang menunggang uji Nmax, penulis semakin menggemari skuter ini dari segenap penggunaannya.

Tidak kira di lebuh raya atau jalan bandar, pengendaliannya sangat menyeronokkan dan tidak menimbul masalah, malah ia tidak sukar untuk penulis men'cilok' ketika trafik sesak.

Daya tork cukup membantu memberikan tujahan yang diperlukan setiap kali skuter ini berada di dalam pergerakan perlahan atau kedudukan yang hampir pegun.

Sepanjang tempoh menggunakan jentera automatik ini, bacaan purata penggunaan minyak yang tercatat pada paparan meternya berada pada kadar 42.1 km per liter.

Bersandarkan angka ini, anggaran satu tangki penuhnya mampu memberikan bacaan sekitar 278 km.

Lampu depan LED. - Foto Ghazali Kori
Lampu depan LED. - Foto Ghazali Kori

INFO:

  • Harga jualan selepas GST RM8,812.84
  • Brek cakera belakang
  • Brek cakera depan
  • Enjin 155cc
  • Lampu depan LED
  • Meter bacaan LCD
  • Penyerap hentakan berkembar
  • Ruang lantai lapang
  • Ruang simpanan luas
Berita Harian X