Rabu, 17 Ogos 2016 | 3:21pm
DARI segi prestasi, CLA 250 4Matic dikuasakan enjin petrol 2.0 liter turbo, berupaya menjana kuasa maksimum 211 hp dan tork maksimum 350 Nm. - Foto Asyraf Hamzah
DARI segi prestasi, CLA 250 4Matic dikuasakan enjin petrol 2.0 liter turbo, berupaya menjana kuasa maksimum 211 hp dan tork maksimum 350 Nm. - Foto Asyraf Hamzah
 Foto Asyraf Hamzah
Foto Asyraf Hamzah
KEMASAN keseluruhan kabin termasuk tempat duduk. - Foto Asyraf Hamzah
KEMASAN keseluruhan kabin termasuk tempat duduk. - Foto Asyraf Hamzah

CLA 250 4Matic lebih mantap

GRIL hadapan dihiasi krom yang tertera jelas logo Mercedes-Benz.
GRIL hadapan dihiasi krom yang tertera jelas logo Mercedes-Benz.

KESEMPATAN memandu uji Mercedes-Benz CLA 250 4Matic baru-baru ini adalah suatu pengalaman mengujakan dan sukar dilupakan. Apa tidaknya, banyak mata yang menjeling setiap kali kereta ini berhenti di lampu isyarat merah mahupun di kawasan pakir.

Model import sepenuh (CBU) dengan reka bentuk aerodinamik ini, didatangkan dengan pakej penuh AMG Line, sekali gus menonjolkan penampilan luaran yang mantap dan sporty.

Di bahagian gril hadapan kereta yang dihiasi kemasan krom tertera jelas logo kebanggaan Mercedes-Benz bersaiz besar, manakala di bahagian kanan belakang diletakkan lambang 4Matic dan CLA 250 di sebelah kiri.

Model ini dilengkapi kit badan penuh yang diserlahkan dengan kemasan berwarna merah pada gril bawah hadapan dan bahagian bawah belakang, roda aloi lima-jejari AMG bersaiz 18-inci dan brek cakera 'cross-drilled' yang dengan angkup brek berwarna merah di bahagian hadapan.

 Foto Asyraf Hamzah
Foto Asyraf Hamzah

Sistem lampu pintar

Menambahkan lagi penampilan 'garang' CLA 250 apabila ia dilengkapi trim krom di sekeliling tingkap, selain cermin sisi sama dengan warna badan berbanding warna hitam pada model spesifikasi lebih rendah, CLA 200. Ia juga dilengkapi lampu hadapan bi-xenon berserta sistem lampu pintar yang mana lampu tinggi dikawal secara automatik oleh komputer.

Menjenguk ke bahagian dalam kabin juga menyerlahkan sentuhan ekslusif dan sporty model ini, dengan kemasan merah pada setiap corong pendingin hawa, tali pinggang keselamatan serta sulaman benang berwarna merah pemegang stereng dan tempat duduk.

Kemasan keseluruhan kabin termasuk tempat duduk, papan pemuka dan bahagian dinding disaluti warna hitam. Kombinasi balutan kulit dan gentian mikro Dinamica juga ditawarkan menerusi pakej AMG Line/Sport, bersama roda stereng sport dan pedal aloi.

Dari segi keselesaan, kereta continental ini pastinya tidak mengecewakan dalam menyediakan ruang kaki dan kepala yang selesa kepada pemandu dan penumpang.

 DILENGKAPI sistem Audio 20 dengan skrin lapan-inci bersama Bluetooth. - Foto Asyraf Hamzah
DILENGKAPI sistem Audio 20 dengan skrin lapan-inci bersama Bluetooth. - Foto Asyraf Hamzah

Tombol pelbagai maklumat

CLA 250 ini dilengkapi sistem Audio 20 dengan skrin lapan-inci bersama Bluetooth, sistem pendingin hawa serta fungsi auto hidup/mati enjin. Sistem infotainment mudah dikendalikan menerusi penggunaan tombol yang diletakkan di bahagian tengah konsul.

Selain berfungsi untuk sistem audio, tombol itu juga adalah untuk kegunaan mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kereta, termasuk manual panduan pemandu yang dipaparkan pada skrin.

Sistem lampu hadapan dan penggilap automatik, tempat duduk hadapan larasan berkuasa lapan fungsi bersama memori, selain dilengkapi bantuan parkir automatik.

Dari segi prestasi, CLA 250 4Matic dikuasakan enjin petrol 2.0 liter turbo, berupaya menjana kuasa maksimum 211 hp dan tork maksimum 350 Nm. Ia dipacu kotak gear tujuh-kelajuan dwiklac 7G-DCT dan sistem pacuan empat roda 4Matic Mercedes-Benz.

MEMECUT dari 100 km/j dalam masa hanya 6.6 saat. - Foto Asyraf Hamzah
MEMECUT dari 100 km/j dalam masa hanya 6.6 saat. - Foto Asyraf Hamzah

Kelajuan maksimum 250 km/j

Padanan kesemua sistem jana kuasa dan cengkaman dari sistem pacuan empat roda membolehkannya memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.6 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j, iaitu berdasarkan pandu uji pengeluar.

Namun, penulis tidak berpeluang merasai prestasi sebenar jentera ini kerana semasa sesi pandu uji, kebanyakan jalan dan lebuh raya agak sesak dengan kenderaan disebabkan musim perayaan, selain dikhuatiri melebihi had laju dibenarkan.

Berdasarkan harga atas jalan tanpa insurans RM268,888 dan pelbagai ciri serta teknologi terkini yang ditawarkan, CLA 250 4Matic sesungguhnya adalah satu pembelian yang seharusnya dipertimbangkan bagi mereka yang inginkan penampilan dan ciri mewah serta prestasi.

Jika ada pun 'kekurangan' bagi model ini ialah ia tidak dilengkapi sistem kunci pintar dan sistem pendingin hawa automatik seperti kenderaan mewah sekelas dengannya.

DENGAN kemasan merah pada setiap corong pendingin hawa, tali pinggang keselamatan serta sulaman benang berwarna merah pemegang stereng dan tempat duduk. - Foto Asyraf Hamzah
DENGAN kemasan merah pada setiap corong pendingin hawa, tali pinggang keselamatan serta sulaman benang berwarna merah pemegang stereng dan tempat duduk. - Foto Asyraf Hamzah

INFO

Mercedes-Benz CLA 250 4Matic

  • Harga atas jalan RM268,888 (tanpa insurans)
  • Enjin petrol 2.0 liter turbo empat-silinder
  • 1991 cc 155 kw / 211 hp / tork 350 Nm
  • Pacuan empat roda 4Matic Mercedes-Benz
  • Transmisi tujuh kelajuan - 7G-DCT dwi klac
  • Pecutan 0 ke 100 km/j dalam masa 6.6 saat
  • Kelajuan maksimum 250 km/j
  • Saiz tayar 235/40 R 18
Berita Harian X