Jumaat, 5 Ogos 2016 | 4:29pm
ISUZU Malaysia merekodkan jualan trak pikapnya Isuzu D-Max kepada 3,069 unit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. - Foto laman web Isuzu Malaysia
ISUZU Malaysia merekodkan jualan trak pikapnya Isuzu D-Max kepada 3,069 unit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. - Foto laman web Isuzu Malaysia

Jualan D-Max meningkat pada separuh pertama

KUALA LUMPUR: Isuzu Malaysia merekodkan jualan trak pikapnya Isuzu D-Max kepada 3,069 unit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

‎Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimur,a berkat, jualan memberangsangkan dalam tempoh dikaji menyaksikan jualan D-Max meningkat 10.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, prestasi positif itu turut menyaksikan penguasaan pasaran segmen trak pikap menokok sebanyak 3.4 peratus kepada 14.7 peratus.

"Permintaan terhadap trak pikap Isuzu D-Max yang efisien dan dipercayai dilihat meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2016. Sekali gus mengubah corak penurunan jualan pasaran automotif sehingga 15 peratus secara amnya dan segmen trak pikap khususnya.

"Permintaan tinggi terhadap D-Max kekal konsisten biar pun di sebalik corak pasaran dan sentimen pengguna yang kurang memberangsangkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

‎‎Machimura berkata, berdasarkan kepada momentum jualan semasa D-Max dan usaha meningkatkan kepuasan pelanggan oleh syarikat, Isuzu Malaysia yakin bahawa prestasi jualannya pada tahun ini akan lebih baik berbanding jualan sebanyak 6,042 unit yang direkodkan pada tahun 2014.

Beliau berkata, kenderaan Isuzu dilihat dapat meyakinkan pengguna kerana ia mampu menawarkan penyelesaian yang terbaik, menerusi aspek nilai, kebolehpercayaan dan karektor pemanduan yang cemerlang.

Berita Harian X