Selasa, 2 Ogos 2016 | 12:52pm

AIGEV fokus inovasi kejuruteraan automotif

GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

CYBERJAYA: Persidangan Antarabangsa Inovasi Automotif dan Kenderaan Teknologi Hijau (AIGEV) menjadi medan berkongsi kepakaran untuk memacu bidang kejuruteraan automotif tempatan.

‎AIGEV anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Institut Automotif Malaysia (MAI) dan DRB-HIcom University of Automotive Malaysia itu menggabungkan kalangan ahli akademik dan profesional dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan automotif berteknologi hijau.

Persidangan yang mendapat sokongan SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd dan VTC Solutions Sdn Bhd itu menyaksikan seramai 120 pembentang dari dalam dan luar negara berkumpul bagi membincangkan mengenai penyelidikan terkini dan menggalakkan inovasi dalam bidang kejuruteraan.

‎Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Mohamad Madani Sahari di sini, sebentar tadi

.‎Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) UMP, Prof Madya Dr Abdul Adam Abdullah.

Berita Harian X