Jumaat, 4 September 2020 | 11:28am
‘Merdeka Kita’ didedikasikan buat semua petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan risiko demi memerangi wabak COVID-19 - Foto Merdeka Kita
‘Merdeka Kita’ didedikasikan buat semua petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan risiko demi memerangi wabak COVID-19 - Foto Merdeka Kita

Petugas barisan hadapan wira negara

LEBIH enam bulan COVID-19 melanda negara. Laporan kes positif dan aktif dengan kebolehjangkitan bagi pandemik wabak itu dilaporkan setiap hari.

Justeru, pelbagai pihak perlu lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan penularan COVID-19 itu dapat dikekang.

Paling mencabar, pastinya petugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu menjalankan tugas, demi memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terjaga.

Merdeka Kita 

Merdeka Kita

Terima kasih petugas barisan hadapan. Anda adalah wira rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita berjuang untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Ini adalah Merdeka Kita bersama!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63

#MalaysiaPrihatin #MerdekaKita

Ikhlas daripada: Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Posted by Berita Harian Online on Tuesday, 1 September 2020

Sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-63, video pendek 'Merdeka Kita' telah didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan negara. 

Menerusi video itu, gambaran kehidupan sebenar wira negara berjuang melawan COVID-19 sangat meruntun jiwa.

Apatah lagi saat berdepan risiko, mereka juga terpaksa berjauhan dengan keluarga. Ketika ini, sokongan emosi sangat diperlukan bagi memastikan mereka terus kuat mengharungi hari-hari mendatang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, turut membuat penampilan istimewa dalam video 'Merdeka Kita' bagi menyampaikan ucapan penghargaan beliau kepada petugas barisan hadapan. 

"Merdeka ini tidak akan ada tanpa anda (petugas barisan hadapan)", katanya.

Terima kasih 'fronliners'

Walaupun pahit untuk ditelan, inilah realiti sebenar yang terpaksa dilalui petugas barisan hadapan. 

Pengorbanan besar yang mereka lakukan bagi menamatkan krisis pandemik COVID-19 sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia.

Layari www.amirudinshari.com untuk maklumat lanjut.

 
Berita Harian X