Rabu, 11 Januari 2017 | 12:11am

Contengan jadi sumber rezeki

KUALA LANGAT: Contengan atau doodle adalah seni yang mudah dan dilukis untuk menterjemah emosi pelukis doodle menerusi pelbagai bentuk karya, sama ada abstrak atau rawak.

Seni doodle juga boleh dilakukan oleh semua peringkat usia, sama ada mereka yang bekerja atau masih bersekolah kerana ia dilukis secara spontan.

Malah, ia semakin popular dan diterima masyarakat kerana seni doodle yang mudah itu boleh menarik minat pelbagai peringkat umur.

Bagi pelukis ilustrasi grafik, Arif Rafhan Othman, 40, melukis seni doodle sudah sebati dengan dirinya yang meminatinya sejak kecil.

Katanya, arwah ayahnya adalah sumber inspirasi untuk beliau meneruskan seni lukis dan contengan itu, malah menerusi seni contengan itu, ia menjadi sumber pendapatan untuk menyara keluarganya.

"Sejak kecil, arwah ayah terapkan seni doodle ini pada saya dengan memberi buku dan pensel untuk saya menconteng apa saja. Baginya contengan itu adalah seni," katanya ketika ditemui BH di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.

ARIF Rafhan Othman bersama lukisan doodle di GSC East Coast Mall, Kuantan. - Sumber www.facebook.com/arif.rafhan
ARIF Rafhan Othman bersama lukisan doodle di GSC East Coast Mall, Kuantan. - Sumber www.facebook.com/arif.rafhan

PELUKIS ilustrasi grafik, Arif Rafhan Othman meminati seni doodle sejak kecil. - Foto Shiraz Ali
PELUKIS ilustrasi grafik, Arif Rafhan Othman meminati seni doodle sejak kecil. - Foto Shiraz Ali

Arif Rafhan berkata, setiap contengan mempunyai karektor tertentu dan ia juga adalah antara cara terbaik untuk meluahkan imaginasi.

Katanya, Doodle memang nampak mudah kerana ia dihasilkan melalui pergerakan pelukis dan apa yang difikirkan kerana setiap orang mempunyai imaginasi berlainan.

"Saya pernah dijemput memberi seminar kepada murid mengenai seni lukisan. Saya tidak mengajar teknik kepada mereka tetapi cuba menerapkan bagaimana mereka boleh meluahkan pergerakan melalui doodle.

"Saya beri kertas kosong dan conteng tanpa melukis bentuk yang khusus. Saya bertanya apa yang mereka nampak dan dari situ mereka melukis apa yang mereka imaginasikan," katanya yang pernah bekerja di syarikat teknologi maklumat (IT) selama 14 tahun.

Arif Rafhan berkata, beliau baru tiga tahun menceburi bidang seni doodle dan perlu bersaing dengan generasi muda yang hebat serta mempunyai kualiti seni yang tinggi.

Katanya, beliau tidak menganggap ia sebagai cabaran tetapi menyusun perancangan bagaimana mahu meningkatkan hasil seni itu supaya boleh dimartabatkan di mata dunia.

"Masa saya baru nak mula dalam bidang seni doodle ini, saya menyertai pertandingan doodle di Kellie' Castle. Di situ, peserta perlu melukis komik seram selama 24 jam.

ARIF Rafhan Othman menunjukkan buku dengan ilustrasi kartun miliknya. - Foto Shiraz Yasmine Ali
ARIF Rafhan Othman menunjukkan buku dengan ilustrasi kartun miliknya. - Foto Shiraz Yasmine Ali

ARIF Rafhan Othman ketika mempromosi buku Pelempang Realiti bersama rakan dan peminat. - Sumber arifrafhan.com
ARIF Rafhan Othman ketika mempromosi buku Pelempang Realiti bersama rakan dan peminat. - Sumber arifrafhan.com

"Rezeki menyebelahi saya apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Sejak itu, saya menyertai pelbagai projek yang membabitkan seni lukis doodle," katanya yang menerbit beberapa buku dengan ilustrasi kartun serta komik zint.

Antara projek doodle yang disertainya adalah projek di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Pusat Beli-Belah East Cost, Kuantan.

Katanya, lukisan doodle di Masjid Jamek itu terletak di terowong yang menghubungkan LRT Masjid Jamek dengan LRT Aliran Ampang.

"Saya mengambil masa empat hari untuk menyiapkan doodle ini. Malah, pelbagai pelukis tanah air turut serta dalam projek terbabit.

"Di Pusat Beli-Belah East Cost pula, saya perlu menyiapkan lima dinding lukisan doodle pada Disember lalu. Projek ini dilukis di panggung wayang GSC," katanya sambil menambah hanya beliau yang melukis untuk projek di GSC itu.

Beliau berharap syarikat korporat dapat menggunakan pendekatan doodle dalam aplikasi IT.

ANTARA buku-buku dengan ilustrasi kartun oleh Arif Rafhan Othman. - Foto Shiraz Yasmine Ali
ANTARA buku-buku dengan ilustrasi kartun oleh Arif Rafhan Othman. - Foto Shiraz Yasmine Ali

ARIF Rafhan Othman bersama lukisan doodle di terowong yang menghubungkan LRT Masjid Jamek dengan LRT Aliran Ampang. - Sumber www.facebook.com/arif.rafhan
ARIF Rafhan Othman bersama lukisan doodle di terowong yang menghubungkan LRT Masjid Jamek dengan LRT Aliran Ampang. - Sumber www.facebook.com/arif.rafhan

INFO

  • Mengambil masa sebulan untuk menghasilkan 20 ilustrasi buku.
  • Mempunyai buku ilustrasi sendiri bertajuk `Pelempang Realiti'.
ARWAH ayah menjadi sumber inspirasi Arif Rafhan Othman untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni lukis dan contengan. - Foto Shiraz Yasmine Ali
ARWAH ayah menjadi sumber inspirasi Arif Rafhan Othman untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni lukis dan contengan. - Foto Shiraz Yasmine Ali
BUKU dengan ilustrasi kartun berjudul Pelempang Realiti antara buku yang menarik untuk dijadikan koleksi. - Foto Shiraz Yasmine Ali
BUKU dengan ilustrasi kartun berjudul Pelempang Realiti antara buku yang menarik untuk dijadikan koleksi. - Foto Shiraz Yasmine Ali
ARIF Rafhan Othman menunjukkan buku dengan ilustrasi kartun miliknya. - Foto Shiraz Yasmine Ali
ARIF Rafhan Othman menunjukkan buku dengan ilustrasi kartun miliknya. - Foto Shiraz Yasmine Ali
Berita Harian X