Ahad, 18 Disember 2016 | 12:08am

Aksi tangkas 'Spiderman' Arumugam tiada tandingan

KUALA LUMPUR: Hari ini genap 28 tahun, bekas penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya, dekat sini, pada 18 Disember 1988.

Arumugam atau popular dengan gelaran 'Spiderman' meninggal dunia di tempat kejadian pada usia 35 tahun selepas kereta Ford Telstar TX5 dipandunya hilang kawalan dan terbalik.

Ketika itu, mendiang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandamaran, Klang, Selangor pada 18 Disember 1988.

Mendiang meninggalkan isteri, Datin Maria Selvi serta dua anak perempuan iaitu Subha dan Rubha.

Walaupun Spiderman sudah lama meninggal dunia, namun jasanya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Olimpik Moscow 1980, terus akan dikenang sampai bila-bila.

ARUMUGAM memiliki kelebihan luar biasa kerana mempunyai tangan yang panjang untuk menangkap kemas bola tinggi atau percubaan daripada sudut yang cukup sukar.
ARUMUGAM memiliki kelebihan luar biasa kerana mempunyai tangan yang panjang untuk menangkap kemas bola tinggi atau percubaan daripada sudut yang cukup sukar.

Sumbangan Arumugam selaku watak penting dalam menentukan kejayaan Malaysia mara ke peringkat akhir Olimpik Moscow tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Kehebatan mendiang diakui beberapa rakan sepasukannya termasuk kapten Harimau Malaya, Datuk Soh Chin Aun atau Tauke dan bekas pertahanan kental Malaysia era 1980-an, Datuk Jamal Nasir Ismail.

Arumugam memiliki kelebihan luar biasa kerana mempunyai tangan yang panjang untuk menangkap kemas bola tinggi atau percubaan daripada sudut yang cukup sukar.

Bagi Chin Aun, mendiang Arumugam memang bagus dan sentiasa memberikan komitmen 100 peratus ketika beraksi di atas padang.

"Kita panggil Spiderman kerana dia memiliki tangan panjang berbanding orang biasa. Dia memanfaatkan kelebihan itu untuk mengawal pintu gol Malaysia terutama hantaran bola tinggi.

BEKAS penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam.
BEKAS penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam.

"Dia memang seorang penjaga gol yang baik daripada semua aspek dan sukar dicari ganti sehingga hari ini," katanya kepada BH Sukan.

Bakat Arumugam mula terserlah apabila dipilih sebagai penjaga gol utama skuad remaja Selangor di Piala Remaja Burnley pada 1971 dan skuad senior Selangor ke Piala Malaysia pada 1972 hingga 1988.

Sepanjang tempoh itu, skuad The Red Giant berjaya memenangi kejohanan Piala Malaysia sebanyak lapan kali.

Arumugam mula dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia bersiap sedia menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia, di Korea Selatan, pada 1973.

Antara sumbangan Arumugam ialah membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976, dan 1979 serta mewakili Malaysia di Sukan SEA, pada 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985.

Kejayaan terbesar bersama skuad kebangsaan adalah meraih pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran serta membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow.

Kehebatannya menarik perhatian Kelab Bola Sepak Seiko, Hong Kong pada 1973 dan Young Boys of Berne, Switzerland, pada tahun 1981, namun menolaknya tawaran menjadi pemain profesional atas alasan tertentu.

Pemain hebat ini juga menubuhkan kelabnya sendiri iaitu Starbrite SC sebagai sumbangan untuk membantu remaja di kawasan perumahannya, namun usahanya terhenti selepas mendiang maut dalam kemalangan jalan raya.

Kapten pun kena marah

ARUMUGAM seorang yang sentiasa ceria, Jamal berkata, perwatakannya akan berubah menjadi tegas dan garang apabila ketika mengawal gawang skuad negara.
ARUMUGAM seorang yang sentiasa ceria, Jamal berkata, perwatakannya akan berubah menjadi tegas dan garang apabila ketika mengawal gawang skuad negara.

Mendiang Arumugam disifatkan sebagai seorang penjaga gol yang tangkas dan cukup periang ketika bersama rakan sepasukan di luar pandang.

Bekas pemain pertahanan skuad Olimpik 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail mengakui semua pemain ketika itu memang rapat dengan Arumugam kerana mendiang seorang yang sentiasa ceria, suka bergurau serta mengusik rakan sepasukan.

Jamal Nasir, mula mengenali Arumugam apabila mereka bersama-sama dipanggil menyertai senior Skuad Harimau Malaya, pada penghujung 1970-an.

Walaupun Arumugam seorang yang sentiasa ceria, Jamal berkata, perwatakannya akan berubah menjadi tegas dan garang apabila ketika mengawal gawang skuad negara.

"Mulut tidak pernah diam dan dari bawah, kita akan dengar dia menjerit 'you must alert and take care you man (mesti selaku peka dan jaga lawan kamu).

"Jadi kami sentiasa berwaspada, bukan macam penjaga gol sekarang membisu seribu bahasa. Kalau kami terlepas bola, Arumugam akan marah dan memberi syarahan tanpa henti.

ARUMUGAM sentiasa memberikan komitmen 100 peratus ketika beraksi di atas padang.
ARUMUGAM sentiasa memberikan komitmen 100 peratus ketika beraksi di atas padang.

"Walaupun selalu ditegur dan dimarahi Arumugam tetapi kami tidak pernah simpan dalam hati kerana tahu nasihatnya adalah untuk kebaikan pasukan.

"Kami menganggap sentiasa teguran diberikan rakan sepasukan sama ada Arumugam mahu pun (kapten) Chin Aun sebagai satu perkara positif dan untuk kebaikan bersama. Ini bezanya pemain zaman era 80-an dengan sekarang.

"Sebab itulah semua pemain skuad Olimpik 1980 masih berkawan baik sehingga sekarang. Hubungan antara pemain ketika itu amat rapat seperti adik beradik di dalam atau di luar padang," katanya.

Jamal Nasir menegaskan semua pemain ketika itu cukup yakin untuk menewaskan mana-mana pasukan termasuk Korea Selatan dan Jepun jika Arumugam diturunkan sebagai penjaga gol utama.

"Kita memang yakin akan menang jika Arumugam mengawal pintu gol Malaysia, kerana dia mempunyai kebolehan luar biasa untuk menangkap bola dan menyelamatkan pintu gol.

"Sebagai pertahanan terakhir, mendiang memberikan keyakinan kepada kami dia mampu menyelamatkan bola jika pemain lawan menembusi benteng pertahanan Malaysia," katanya.

Katanya, Arumugam memang ada kelebihan tersendiri kerana memiliki tangan panjang untuk menangkap bola sama ada bola tinggi atau rendah.

"Arumugam sentiasa memberikan yang terbaik dan menunjukkan kesungguhan 100 peratus apabila beraksi dalam perlawanan walaupun suka bergurau di luar padang.

"Sebab itu jurulatih memang tabik spring kepada kesungguhan Arumugam. Bagi saya, Arumugam memang penjaga lagenda dan tiada tolok bandingnya hingga sekarang," katanya.

ARUMUGAM digelar 'Spiderman' kerana mempunyai kebolehan luar biasa untuk menangkap bola dan menyelamatkan pintu gol.
ARUMUGAM digelar 'Spiderman' kerana mempunyai kebolehan luar biasa untuk menangkap bola dan menyelamatkan pintu gol.

Profil: Arumugam Rengasamy

Tarikh lahir 31 Januari 1953

Tempat lahir: Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia

Tarikh kematian 18 Disember 1988 (umur 35)

Posisi: Penjaga Gol

Kerjaya - 1971 -1988

Jumlah penampilan bersama Skuad Harimau Malaya: 196 kaps

Jumlah penampilan bersama Selangor: 394 kaps

INFO:

  • Bakat Arumugam mula terserlah bersama Selangor dalam Piala Remaja Burnley 1971
  • Wakili Selangor ke Piala Malaysia pada 1972 hingga 1988, menang 8 kali Piala Malaysia.
  • Sarung jersi kebangsaan mulai 1973 ketika kempen kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan
  • Bantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976, dan 1979
  • Wakili Malaysia di Sukan SEA pada 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985.
  • Kejayaan terbesar bersama skuad kebangsaan - pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran
  • Bantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980.
ARUMUGAM mula dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia bersiap sedia menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia, di Korea Selatan, pada 1973.
ARUMUGAM mula dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia bersiap sedia menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia, di Korea Selatan, pada 1973.
ARUMUGAM merupakan penjaga lagenda dan tiada tolok bandingnya hingga sekarang.
ARUMUGAM merupakan penjaga lagenda dan tiada tolok bandingnya hingga sekarang.
ARUMUGAM membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976, dan 1979 serta mewakili Malaysia di Sukan SEA, pada 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985.
ARUMUGAM membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976, dan 1979 serta mewakili Malaysia di Sukan SEA, pada 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985.
ARUMUGAM sentiasa memberikan yang terbaik dan menunjukkan kesungguhan 100 peratus apabila beraksi dalam perlawanan walaupun suka bergurau di luar padang.
ARUMUGAM sentiasa memberikan yang terbaik dan menunjukkan kesungguhan 100 peratus apabila beraksi dalam perlawanan walaupun suka bergurau di luar padang.
BEKAS penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam.
BEKAS penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam.
Berita Harian X