Jumaat, 9 Disember 2016 | 12:00am

Program turunkan berat badan

RAWATAN hormon bantu kurangkan lemak jika individu ikut cara betul. - Foto hiasan
RAWATAN hormon bantu kurangkan lemak jika individu ikut cara betul. - Foto hiasan

SAYA berusia awal 30-an, berat badan dalam lingkungan 76 kilogram (kg). Saya sudah cuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan di pusat pelangsingan, amalkan diet dan senaman, tetapi turun sedikit. Apakah kaedah lain boleh bantu selesaikan masalah.

Elly Suhana Arif

Kajang, Selangor

Rawatan hormon adalah salah satu kaedah perubatan untuk mengurangkan berat badan berlebihan yang dimulakan oleh pakar perubatan genius dari Britain, Dr Simeons.

Ia memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Beliau merawat ramai golongan atasan di Britain, pada sekitar 1954.

Hormon itu dihasilkan secara semula jadi dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil untuk memastikan perkembangan bayi yang sihat.

Ia juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan 'kebuluran' di mana hormon akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah 'sex hormon'. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.

Ia bertindak sebagai 'kunci' untuk menggerakkan lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan.

Bagaimana hormon berfungsi untuk rawatan pengurangan berat badan?

Kenapa berat badan naik

Kenaikan berat badan berlebihan berlaku apabila hypothalamus (sebahagian daripada sistem saraf otak ) gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak efektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stres, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi lemak, gula dan bahan pengawet berlebihan

Kurang lemak berlebihan

Hormon ini akan memberi tanda kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan, lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sukar untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai 'survival strategy'.

Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan 'subcutanoeus fats' iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

Rawatan hormon ini berikan bersama-sama dengan diet rendah kalori 500-700 kcal (VLCD). Ini akan memberikan 'trick' kepada hypothalamus dan membantu 'membuka kunci' lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan lemak berlebihan digerakkan.

Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 hingga 4,000 kalori sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

AMALKAN diet rendah menyerupai program detoks. - Foto hiasan
AMALKAN diet rendah menyerupai program detoks. - Foto hiasan

Diet 500 - 700 kalori saja.

Kebaikan program ini adalah ia seperti program detox. Diet terbaik ialah makanan bebas gula, karbohidrat dan pengawet. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program ini.

Melalui proses' pembersihan' badan kita dengan pengurangan kalori - Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah 'food craving' atau 'ketagih makanan, tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri.

Ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangka masa panjang selepas ini.

Adakah berat badan mendadak jika berhenti program ini.

Kebaikan program ini membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu 'setting' yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya kesan 'YoYo' -iaitu kenaikan mendadak selepas berhenti rawatan program.

Adakah lapar selepas jalani program ini.

Walaupun mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda kurang merasa lapar kerana hormon ini akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan makanan tambahan seperti mineral dan vitamin sebagai nutrisi tambahan.

Berapa berat boleh turun

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5 kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya adalah antara 6 hingga 8kg dengan penurunan satu hingga dua saiz baju, hanya dalam masa 21 hari.

Rawatan ini boleh disambung terus untuk pusingan ke dua (42 hari) dengan potensi untuk penurunan sehingga 15 kg.

Tidak bahaya

Kajian terbaharu menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada peserta. Penurunan dalam program ini adalah antara 0.3 hingga 0.5 kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor, ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

Bolehkah program ini berjaya?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsisten dan kekuatan impian untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Set minda untuk tempoh 21 atau 42 hari.

untuk program membersihkan diri, pembuangan lemak & detoksifikasi.

Info :

Indeks Jisim Badan (BMI) ideal:

  • Kurus Kurang - 20.6
  • Normal 20.7 - 26.4
  • Gemuk 26.5 - 30.9
  • Obesiti 31.0 - 45.2
  • Bahaya Lebih 45.3

Berita Harian X