Isnin, 5 Disember 2016 | 12:04am
V5 dilengkapi kamera depan 20 megapiksel, sekali gus menjadikan foto yang dirakam lebih jelas dan amat sesuai untuk dimuat naik dalam media sosial bagi berkongsi detik indah bersama rakan.
V5 dilengkapi kamera depan 20 megapiksel, sekali gus menjadikan foto yang dirakam lebih jelas dan amat sesuai untuk dimuat naik dalam media sosial bagi berkongsi detik indah bersama rakan.

Vivo V5 terbaik untuk kaki 'selfie'

VIVO V5.
VIVO V5.

PENGENALAN Vivo V5 minggu lalu, menamatkan penantian penggemar 'selfie' untuk merakamkan foto santai di mana-mana saja dengan kualiti terbaik.

Mendapat jolokan 'Perfect Selfie', V5 model terbaharu dari Vivo Malaysia untuk pasaran Malaysia pastinya dapat memenuhi selera pengguna telefon pintar di negara ini.

Ditawarkan pada harga RM1,299, V5 dilengkapi kamera depan 20 megapiksel, sekali gus menjadikan foto yang dirakam lebih jelas dan amat sesuai untuk dimuat naik dalam media sosial bagi berkongsi detik indah bersama rakan.

Model berasaskan kamera itu turut dilengkapi pencahayaan lembut dan perisian fotografi canggih yang membolehkan pengguna merakam gambar dalam suasana gelap.

Malah, penggunaan aplikasi Beauty Face untuk kamera depan menjadi penambah perisa untuk menjadikan foto lebih menarik.

Pelantikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta Vivo V5 juga sesuai dengan figura terkemuka negara yang gemar ber 'selfie'

Selain kamera, V5 juga memberi tumpuan kepada hiburan sejajar dengan slogan perniagaannya 'Kamera dan Muzik' yang menjadi asas pembangunan produk masa kini dan masa depan.

Menggunakan sistem operasi Funtouch OS 2.6 (berasaskan Android 6.0 Marshmallow) ia amat berpatutan untuk dimiliki sesiapa saja.

Dengan skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi, ia menjadikan foto dan video yang dirakam lebih jelas.

V5 tetap mengekalkan slogan Vivo iaitu 'Kamera dan Muzik', di mana kamera belakang dengan 13MP dengan sokongan LED Flash.

Ditambah pula, V5 menggunakan prosesor MediaTek MT6750 SoC Octa-Core 1.5GHz 64bit.

Dengan berat hanya 154 gram, ia akan memudahkan pengguna merakam foto selfie atau merakam video.

Malah dengan stor penyimpanan 4GB RAM + 32GB ROM, sokongan memori kad microSD sehingga 128GB, cukup untuk anda menyimpan ribuan foto.

Info: Vivo

* Menguasai 5.3 peratus penguasaan pasaran antarabangsa dan berada di kedudukan kelima dari segi pengeluaran global dengan sasaran jualan 85 unit telefon pintar tahun ini

* Di Malaysia, Vivo memiliki sehingga 4,000 pengedar, 2,000 tenaga kerja dan 16 pusat servis

Berita Harian X