Jumaat, 26 Ogos 2016 | 12:02am
ALIFF Aziz bersama Bella Astillah . - Foto Zunnur Al Shafiq
ALIFF Aziz bersama Bella Astillah . - Foto Zunnur Al Shafiq
PENYANYI, Aliff Aziz pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Sime Darby Convention Centre. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PENYANYI, Aliff Aziz pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Sime Darby Convention Centre. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Aliff berdebar buat persiapan kahwin


JIKA dilihat kembali kata-kata penyanyi, Aliff Aziz, 26, sekitar Mac lalu, dirinya dan tunang, Bella Astilah, bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas Aidilfitri tahun ini.

Begitupun, beberapa minggu selepas Syawal berlalu, belum ada sebarang perkhabaran mengenai majlis perkahwinan jejaka yang turut dikenali sebagai pelakon itu.

Justeru, sebahagian peminat mula berteka-teki, apakah perancangan yang diatur sebelum ini bakal menjadi nyata, ataupun pasangan yang bertunang pada Disember tahun lalu itu mempunyai tarikh lain untuk mereka menaiki pelamin?

Bertemu penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang itu, beliau menjelaskan, persiapan menghadapi hari bersejarah mereka sebenarnya sedang giat dilakukan. Sehingga kini, sudah hampir 70 peratus persiapan sudah pun dibuat.

Jika benar apa yang dikata, ia bermakna hari yang ditunggu-tunggu kedua-duanya boleh dikatakan bakal menjelma dalam masa terdekat.

ALIFF Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) mengatakan sudah hampir 70 peratus persiapan sudah pun dibuat. - Foto Shazreen Zamzuri
ALIFF Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) mengatakan sudah hampir 70 peratus persiapan sudah pun dibuat. - Foto Shazreen Zamzuri

ALIFF Aziz bersama Bella Astillah. - Foto Zunnur Al Shafiq
ALIFF Aziz bersama Bella Astillah. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Kami memang akan memaklumkan mengenai tarikh majlis kahwin apabila tiba masanya. Tiada sebab untuk kami menyembunyikan atau berselindung mengenai perkara yang baik.

"Cuma, bagi menghormati permintaan keluarga, tarikh itu tidak dimaklumkan terlebih dulu. Apabila tiba waktunya dan semua perkara sudah ditetapkan, kami pasti akan maklumkan.

"Mengikut jangkaan, ia akan dilangsungkan pada tahun ini juga. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk kami berdua," kata Aliff yang ditemui BH pada sebuah majlis anjuran Media Prima, baru-baru ini.

Sebagai bakal pengantin lelaki, artis kelahiran Singapura ini mengakui tekanan bagi menyempurnakan majlis terbabit bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapinya.

"Saya memang berasa gementar menghadapinya. Melakukan persiapan bagi majlis perkahwinan tidak dinafikan memberikan tekanan. Ia bukannya boleh siap seperti memetik jari saja.

"Banyak senarai yang perlu diperiksa dan diperincikan, selain pelbagai perkara lagi hendak difikirkan seperti baju, pelamin, cenderahati, hantaran dan sebagainya. Kertas kerja pun perlu disediakan bagi setiap apa yang dirancang.

ALIFF Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) di Dewan Chinta Ndah, Shah Alam. - Foto Shazreen Zamzuri
ALIFF Aziz bersama tunangnya Bella Astillah (kanan) di Dewan Chinta Ndah, Shah Alam. - Foto Shazreen Zamzuri

ALIFF Aziz di majlis pelancaran album keempatnya Aliff Aziz Rebirth di Premiera Hotel Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq
ALIFF Aziz di majlis pelancaran album keempatnya Aliff Aziz Rebirth di Premiera Hotel Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Ia menjadi pengalaman baharu untuk saya melaluinya, satu persatu, hari demi hari. Bahkan, ketika ini ada juga pihak yang sudah menghulurkan tajaan. Saya sendiri baru habis penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku bersama Mira Filzah, jadi bolehlah fokus diberikan sepenuhnya terhadap persiapan kahwin," katanya.

Mengenai impian majlis perkahwinan, seperti bakal isterinya, Aliff sedang mempertimbangkan beberapa konsep dan tema yang dirasakan bersesuaian dengan detik bersejarah mereka kelak.

"Kami mempunyai banyak konsep yang ingin direalisasikan sebenarnya. Saya percaya, semua orang yang akan berkahwin turut memikirkan benda yang sama.

"Cuma, saya jenis orang yang berpijak pada bumi nyata. Apa yang ada, kita terima seadanya. Perkahwinan yang 'grand' tidak semestinya mahal. Begitu juga majlis dengan belanja minimum tidak bererti ia kurang meriah atau tak gah.

"Ia bergantung kepada cara kita merancang dan melaksanakannya. Apa yang boleh saya kongsi, konsep majlis kahwin nanti lebih cenderung kepada bertemakan perkahwinan keluarga diraja Inggeris," katanya.

Menurut Aliff lagi, selain majlis utama di Kuala Lumpur, mereka juga merancang untuk mengadakan majlis di Sabah (kampung bakal isteri) dan di Kota Singa.

Berita Harian X