Ahad, 26 Jun 2016 | 12:16am
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (lima kanan) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaim
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (lima kanan) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaim
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, kanan) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaim
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, kanan) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaim
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (duduk, dua dari kanan) bersama pasukan negara dan Korea di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (duduk, dua dari kanan) bersama pasukan negara dan Korea di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
SALLEH Ibrahim bersama M. Chandran ditenangkan Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Harun Idris ketika kecewa menjaringkan gol sendiri memberi mata pertama kepada Korea dalam perlawanan Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

CENDERAHATI yang dibawa pulang bekas pemain negara, Salleh Ibrahim atau Salleh Te're ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
CENDERAHATI yang dibawa pulang bekas pemain negara, Salleh Ibrahim atau Salleh Te're ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

Salleh Te're 'hilang nyawa' naik Concorde

SEJAK 1 Mei 2016, BH Sukan memaparkan kisah hidup dan jerih perih Wira Olimpik 1972 yang mencipta sejarah baharu dalam lembaran bola sepak Malaysia. Minggu ini, Wartawan BH Sukan, Hasbullah Ibrahim menemui penjaring gol kedua Malaysia ketika menang 3-0 ke atas Amerika Syarikat (AS) dalam saingan di temasya Olimpik Munich, Jerman Barat.

GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, dua dari kiri) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, dua dari kiri) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Ketika diumumkan terpilih mewakili skuad bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, Salleh Ibrahim atau lebih popular dengan panggilan Salleh Te're, sangat teruja.

Lebih manis, dua lagi rakan dari Kelantan, (Datuk) Ab Rahim Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusoff turut terpilih menyarung jersi negara dan semua itu membuatkannya bertambah semangat.

Berbekalkan semangat kuat selain disiplin tinggi, anak sulung daripada tujuh beradik itu mula memasang impian untuk merebut segala peluang yang ada di depannya.

"Peluang beraksi di temasya Olimpik adalah kejayaan peribadi yang cukup besar. Bukan senang nak layak ke Olimpik, jadi saya benar-benar mencurahkan segala kudrat yang ada untuk membantu pasukan negara meraih kemenangan," katanya.

SALLEH menunjukkan gambar dan keratan akhbar yang disimpannya ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
SALLEH menunjukkan gambar dan keratan akhbar yang disimpannya ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

Kasut murah

Memulakan bicara mengimbau nikmat beraksi di Olimpik, Salleh mengakui hatinya cukup gundah kerana hanya memiliki kasut murahan berharga RM4.50 sepasang untuk dibawa ke Jerman.

Namun, semuanya terubat apabila pengeluar alat sukan terkemuka Adidas mengumumkan akan menaja pasukan Malaysia sekali gus membolehkan pemain negara memiliki kasut baharu.

Secara berseloroh, anak sulung daripada tujuh beradik ini juga mendedahkan beliau cukup takut untuk menaiki pesawat Concorde milik British Airways dari Singapura menuju ke Munich.

SALLEH menunjukkan piala yang dimenanginya. - Foto Syamsi Suhaimi
SALLEH menunjukkan piala yang dimenanginya. - Foto Syamsi Suhaimi

"Orang kampung, mana pernah naik kapal terbang. Jantung berdegup kencang, nyawa bagaikan melayang di angkasa. Memang takut, tetapi demi negara, saya anggap itu adalah cabaran," katanya berkongsi pengalaman.

Sebaik saja menjejakkan kaki kali pertama di Munich, cuaca sejuk menyambut kedatangan mereka menambahkan lagi cabaran pemain negara di sukan berprestij itu.

Penyudah cantik

SALLEH menunjukkan gambar dan keratan akhbar yang disimpannya ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
SALLEH menunjukkan gambar dan keratan akhbar yang disimpannya ketika mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

Pada perlawanan Kumpulan A, Malaysia tewas 0-3 kepada Jerman Barat dan menang dengan jaringan sama ketika menentang Amerika Syarikat (AS) di perlawanan kedua.

"Saya bermain di posisi sayap bergandingan dengan Che Hamzah Che Hussin dan melancarkan serangan bertali arus. Walaupun lawan memiliki saiz badan tinggi dan sasa, namun kerjasama erat rakan sepasukan berjaya mempertahankan kubu pertahanan daripada dibolosi.

"Saya menjaringkan gol kedua negara dengan satu penyudah yang cantik. Sebelum itu, gol pertama dijaringkan Shaharuddin Abdullah manakala gol ketiga oleh Wan Zawawi.

"Itulah saat yang paling membanggakan bagi diri saya," kata yang masih berasa sedih apabila Malaysia tewas 6-0 kepada Maghribi pada perlawanan ketiga.

GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, dua dari kiri) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi
GAMBAR kenangan bekas pemain negara, Salleh Ibrahim (atas, dua dari kiri) bersama pasukan negara yang menyertai Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. - Foto Syamsi Suhaimi

Mengimbas detik awal terbabit dalam bola sepak negara, Salleh seperti tidak percaya dengan apa yang dilakukan ketika itu dan kesan kepada diri serta negara.

Segala-galanya bermula apabila timbul minat untuk mewakili pasukan Sekolah Kebangsaan Ketereh seterusnya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

"Pada masa itu, saya hanya menggunakan bola getah dan buah limau barli sebagai bola. Gelanggangnya ialah bendang padi dan sekitar kawasan kebun getah," katanya.

Pada usia 18 tahun, Salleh berhijrah ke Singapura untuk bekerja sebagai anggota tentera British berpangkalan di Alexander Road sebelum bakatnya dihidu sehingga cemerlang menabur bakti bersama pasukan itu dari 1965 hingga 1970.

Langkahnya semakin panjang apabila ditawarkan jawatan oleh Penjara Malaysia pada tahun berikutnya dan namanya mula menjadi sebutan selaku tunggak utama menaikkan nama Penjara di persada bola sepak tempatan.

Di situlah bakatnya terus berkembang bersama pemain negara lain yang turut beraksi di kelab yang sama iaitu Syed Ahmad Abu Bakar, Shaharuddin Abdullah, Wan Zawawi, V Krishnasamy dan Namat Abdullah.

Mengimbau detik menerima panggilan pertama latihan skuad negara pada usia 23 tahun, Salleh cukup bertuah berjaya mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang skuad bawah 23 tahun Wales aksi persahabatan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, saya 'langkah kanan'. Baru kali pertama main untuk negara sudah menjaringkan gol. Jaringan itu terhasil pada separuh masa kedua apabila saya menyempurnakan hantaran Rahim Abdullah.

"Lebih seronok kerana jaringan saya itu membolehkan Malaysia menang 1-0 ke atas sebuah pasukan negara Eropah," katanya yang cukup rapat dengan pemain tengah negara, V Krishansamy.

Salleh juga berkongsi resipi kejayaan dalam karier bola sepak iaitu semangat untuk mempertahankan maruah pasukan tanpa memikirkan ganjaran.

Berbicara soal diet pemakanan, Salleh mengelak daripada makan makanan bergoreng dan berminyak serta mengamalkan meminum air teh o panas bercampur serbuk teh selepas latihan.

Ia bertujuan menghalangnya meminum air terlalu banyak dan secara cepat yang boleh menyebabkan badan lesu.

PROFIL SALLEH IBRAHIM

Tarikh Lahir: 15 Oktober 1947

Tempat Lahir: Ketereh, Kota Bharu

Adik beradik: Anak pertama daripada 7 beradik.

Bapa: Ibrahim Mahat

Ibu: Munah Ismail

Isteri: Zainon Ab'llah

Anak: 4 lelaki 1 perempuan

Cucu: 17 orang

Posisi: penyerang

No jersi: 11

Saiz kasut: 7

Pencapaian:

1. Mewakili Kelantan (1963;1970;1971;1972)

2. Mewakili Singapura (1965)

3. Mewakili Perak (1973-1980)

4. Mewakili Malaysia (1971-1972)

5. Kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan (1971) dan Olimpik Munich (1972)

Kejohanan Tempatan:

1. Kejohanan Piala FAM Malaysia

2. Kejohanan Piala Emas Raja-Raja

3. Piala Malaysia

Fakta Nombor:

RM4.50 harga kasut bola sepak

70 pasang kasut digunakan sepanjang 20 tahun karier pemain bola sepak.

65 sen sehari elaun pemain tempatan

RM15 sehari gaji bersama pasukan Singapura

Berita Harian X