Jumaat, 24 Jun 2016 | 12:47am
Pasar longgok yang diusahakan warga asing turut mendapat langganan warga tempatan dengan harga murah. - Foto Asyraf Hamzah
Pasar longgok yang diusahakan warga asing turut mendapat langganan warga tempatan dengan harga murah. - Foto Asyraf Hamzah
WARGA asing menjalankan urus niaga di Pasar Borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
WARGA asing menjalankan urus niaga di Pasar Borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
AKTIVITI menjual pelbagai hasil laut di luar Pasar BOrong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
AKTIVITI menjual pelbagai hasil laut di luar Pasar BOrong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
ANTARA bahan jualan dari pasar borong yang tidak memaparka tanda harga. - Foto Asyraf Hamzah
ANTARA bahan jualan dari pasar borong yang tidak memaparka tanda harga. - Foto Asyraf Hamzah
PASAR longgok peniaga asing di pasar borong Selayang yang berurus niaga menggunakan matawang negara asal mereka sesama koloni mereka. - Foto Asyraf Hamzah
PASAR longgok peniaga asing di pasar borong Selayang yang berurus niaga menggunakan matawang negara asal mereka sesama koloni mereka. - Foto Asyraf Hamzah

Mini Bangladesh di Pasar Borong Selayang

SELAYANG: Ratusan peniaga dipercayai rakyat Bangladesh menjadikan kawasan Pasar Borong Harian Selayang, di sini, ala "mini Bangladesh" dengan perniagaan pasar longgok menjual pelbagai jenis makanan laut dan sayur-sayuran.

Tinjauan BH mendapati peniaga rakyat asing itu juga berurus niaga menggunakan mata wang beberapa negara asing ketika berjual beli.

Bagaimanapun, ada juga warga tempatan yang menjadi pelanggan mereka yang membayar menggunakan ringgit.

Sebelum ini, koloni rakyat Myanmar yang mewujudkan pasar longgok di situ dan melakukan urus niaga sama.

WARGA asing menjalankan urus niaga yang tidak menggunakan mata wang Ringgit Malaysia di Pasar Borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
WARGA asing menjalankan urus niaga yang tidak menggunakan mata wang Ringgit Malaysia di Pasar Borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah

Peniaga terbabit didapati menerima mata wang asing seperti Rupee (Nepal), Kyats (Myanmar), Thaka (Bangladesh) dan Rupiah (Indonesia) di dalam urus niaga di situ.

Bagaimanapun, persoalan timbul berkaitan pematuhan undang-undang pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana mereka berniaga tidak menggunakan penimbang, mempamer tanda harga dan lesen perniagaan.

Difahamkam, peniaga warga Bangladesh itu mendapatkan bahan mentah seperti udang, ikan dan sotong daripada peniaga dalam pasar pada harga murah kerana hampir rosak atau bekalan lama.

URUS niaga yang tidak memaparkan harga dan tidak menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. - Foto Asyraf Hamzah
URUS niaga yang tidak memaparkan harga dan tidak menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. - Foto Asyraf Hamzah

Mereka membawanya ke luar pasar borong dan menjualnya pula kepada warga asing lain tetapi harga sekilogram udang hitam bersaiz kecil adalah RM18, harga sekilogram udang bersaiz sederhana pula adalah antara RM20 hingga RM23.

Pemerhatian wartawan mendapati ada pelanggan membeli dengan harga RM20 sekilogram, ada pula harga RM25 sekilogram walaupun udang yang sama jenis dan saiz.

PENIAGA Pasar longgok bangsa asing di pasar borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah
PENIAGA Pasar longgok bangsa asing di pasar borong Selayang. - Foto Asyraf Hamzah

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Rosli Sulaiman, berkata, pasar longgok peniaga asing awalnya diwujudkan oleh koloni Myanmar, iaitu memperoleh bekalan secara percuma hasil saki baki peniaga dalam pasar yang sudah tidak terjual, atau diperoleh harga amat murah iaitu kira-kira empat kali ganda daripada yang dijual kepada pelanggan.

"Ini adalah kesan apabila koloni warga asing dibiar menjadi besar, kita tidak berupaya mengawal aktiviti harian mereka dan akhirnya kita akan jadi seperti pokok mati, dedalu hidup," katanya.

Berita Harian X