Ahad, 19 Jun 2016 | 12:04am
RAHIMIN Bani memeriksa penghadang kayu beroda di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
RAHIMIN Bani memeriksa penghadang kayu beroda di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
NOJA masjid, Zakaria Rani menunjukkan lokasi kamera CCTV yang merakam video penghadang kayu beroda bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
NOJA masjid, Zakaria Rani menunjukkan lokasi kamera CCTV yang merakam video penghadang kayu beroda bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
ZAKARIA Rani menunjukkan lokasi penghadang kayu beroda yang bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
ZAKARIA Rani menunjukkan lokasi penghadang kayu beroda yang bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Angin menggerakkan penghadang kayu di masjid

JASIN: Susulan rakaman video penghadang kayu beroda bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini, wartawan BH dan jurugambar meninjau sendiri lokasi itu kira-kira jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam, bagi mendapatkan kepastian apa sebenarnya berlaku.

Terdahulu, kami mendapatkan kebenaran pihak pengurusan masjid untuk berada di lokasi dan merakamkan segala pergerakan dalam keadaan gelap sepanjang tempoh itu.

Sejam pertama, tiada pergerakan dikesan berlaku. Memasuki jam 12.30 tengah malam, sekumpulan lima individu yang mendakwa daripada Pertubuhan Gerak Agam (AGAM) dari Tampin tiba.

Kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengamalkan perubatan Islam itu mendakwa datang ke masjid berkenaan bagi membuat kajian selepas menonton rakaman berkenaan.

Mereka meletakkan piring putih dan tujuh kuntum bunga melur yang disusun selari, dipercayai untuk mengesan pergerakan paranormal sebelum ia dibiarkan kira-kira sejam.

RAKAMAN video penghadang kayu beroda bergerak sendiri di Masjid Jamek Tedong, Serkam.

Piring dan bunga berkenaan ditempatkan di atas lantai tandas wanita yang ditutup semua tingkapnya.

Sepanjang pemerhatian, kami duduk di gazebo tidak jauh dari lokasi kejadian. Suasana sunyi sepi tanpa deruan angin dan sesekali kami mendengar bunyi burung dari arah sawah yang mengelilingi masjid berkenaan.

Kira-kira jam 2.30 pagi, kami kembali ke tempat piring dan bunga melur itu ditinggalkan bagi memeriksa keadaannya.

Seorang ahli AGAM, Mohamad Zulkefli Abdul Aziz, 48, mendapati kedudukan bunga melur itu beralih.

Selain itu, telefon bimbit beliau turut merakamkan imej seakan-akan dua lembaga hitam di kerusi plastik dan kami diberi peluang melihat rakaman berkenaan.

Bagaimanapun, identiti sebenarnya belum dapat dipastikan.

Tinjauan kami berakhir selepas Mohamad Zulkefli mendakwa ia berkemungkinan dua makhluk halus yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penghadang kayu bergerak di masjid itu.

Penjelasan Jabatan Agama Islam Melaka

KETUA Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
KETUA Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Ketua Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata tiupan angin menjadi punca penghadang kayu beroda itu bergerak seperti rakaman yang tersebar di laman sosial itu.

Katanya, berdasarkan tinjauan dan temu bual rambang di lokasi semalam, beliau melihat sendiri pergerakan penghadang kayu beroda itu yang dibantu oleh tiupan angin biasa.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan jika kejadian itu dikaitkan dengan kewujudan makhluk ghaib kerana surah An-Nahl ayat 39 dalam al-Quran menceritakan mengenai golongan jin yang berupaya mengalihkan benda fizikal, selain boleh mengeluarkan api.

"Bagi mengelakkan isu ini berpanjangan dan menggugat akidah, kita terus ke lokasi susulan arahan Ketua Menteri (Datuk Seri Idris Haron) dan mendapati faktor utama penghadang kayu itu bergerak ialah angin selain ia beroda.

"Penduduk kampung yang ditemui secara rawak turut memaklumkan ia adalah kejadian biasa, namun menjadi isu kerana tersebar luas dan pantas menerusi laman sosial.

RAHIMIN Bani menunjukkan roda pada penghadang kayu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
RAHIMIN Bani menunjukkan roda pada penghadang kayu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

"Mereka mendakwa tiada keganjilan berlaku," katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi berkenaan, semalam.

Pengerusi masjid, Datuk Akbar Ali, berkata pihaknya memutuskan untuk tidak memperbesarkan isu itu selepas mendapat pandangan mufti negeri.

"Kita tidak mahu ada tanggapan buruk dari masyarakat," katanya.

Kejadian selama satu minit 48 saat itu dirakam pada jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik oleh Akbar menerusi akaun Facebook miliknya sehingga mendapat perhatian pengguna media sosial.

Noja masjid, Zakaria Rani, 56, berkata angin kencang dan hujan yang membasahi lantai selain penghadang kayu itu beroda mungkin menyebabkan kejadian itu.

"Berdasarkan pemerhatian kami yang melihat sendiri tiga rakaman CCTV merekodkan kejadian, waktu itu hujan dan kilat menyambar. Lantai basah dan angin kuat menolak hujan ke dalam masjid, menyebabkan penghadang kayu beroda itu turut bergerak," katanya.

Berita Harian X