Isnin, 13 Jun 2016 | 12:02am
ZTE Blade V7 mempunyai 2GB RAM dengan Android 6.0 yang sesuai bagi pengguna biasa.
ZTE Blade V7 mempunyai 2GB RAM dengan Android 6.0 yang sesuai bagi pengguna biasa.
TELEFON pintar ini hanya mempunyai bateri berkapasiti 2,500 mAh dan dari segi daya ketahanan bateri.
TELEFON pintar ini hanya mempunyai bateri berkapasiti 2,500 mAh dan dari segi daya ketahanan bateri.

ZTE Blade V7 setanding telefon pintar premium

ZTE Blade V7 dikuasakan oleh pemproses 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P.
ZTE Blade V7 dikuasakan oleh pemproses 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P.

SEJAJAR dengan komitmen untuk membolehkan pengguna memiliki telefon pintar mampu milik yang berkualiti, ZTE Corporation Sdn Bhd melancarkan siri ZTE Blade V7 yang kelihatan sama seperti peranti premium, baru-baru ini.

Blade V7 yang mempunyai logam badan sangat nipis adalah telefon pintar 4G LTE dengan dua kad sim, sesuai bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kad sim.

Ia dikuasakan oleh pemproses 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P, 2GB RAM dengan Android 6.0 yang sesuai bagi pengguna biasa.

Blade V7 hanya mempunyai memori dalaman sebanyak 16GB dan ia mungkin tidak mencukupi bagi pengguna yang gemar mengambil gambar mahupun video.

Telefon pintar itu mempunyai paparan sentuh lima inci HD dengan resolusi 720 x 1,280 piksel yang memberi kepuasan kepada pengguna dengan skrin agak besar.

Malah, ia turut mempunyai paparan tepi kaca melengkung 2.5D yang amat bergaya, terutama untuk golongan muda yang sentiasa mencari reka bentuk baharu dan tidak membosankan.

BLADE V7 yang mempunyai logam badan sangat nipis adalah telefon pintar 4G LTE dengan dua kad sim.
BLADE V7 yang mempunyai logam badan sangat nipis adalah telefon pintar 4G LTE dengan dua kad sim.

Dari segi aspek keselamatan, telefon pintar ini setanding telefon pintar terkemuka lain yang mana ia dilengkapi sensor pengimbas cap jari.

Bagi kualiti kamera, telefon pintar ini mempunyai 13 megapiksel (MP) pada bahagian belakang dan lapan MP pada kamera depan berserta dua flash, menjadikannya standard kamera hampir sama dengan peneraju telefon pintar lain.

Telefon pintar ini hanya mempunyai bateri berkapasiti 2,500 mAh dan dari segi daya ketahanan bateri, ia mungkin memerlukan pengguna sentiasa membawa 'power bank' bagi mengecas telefon terbabit.

Ia dijual pada harga RM669, manakala harga promosi pada RM499 dalam tempoh terhad saja yang boleh didapati bermula 16 Mei lalu.

TELEFON pintar ini mempunyai paparan sentuh lima inci HD dengan resolusi 720 x 1,280 piksel yang memberi kepuasan kepada pengguna.
TELEFON pintar ini mempunyai paparan sentuh lima inci HD dengan resolusi 720 x 1,280 piksel yang memberi kepuasan kepada pengguna.

INFO ZTE Blade V7

Harga: RM669

Paparan: 5 inci HD

Pemproses: 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P, 2GB RAM

Sistem operasi: Android 6.0

Memori: 16GB

Kamera: 13 MP (belakang), 8 MP (depan)

Bateri: 2,500 mAh

Berita Harian X