Sabtu, 21 Mei 2016 | 12:46am
LAMAN Facebook Restoran Anjung Keli di https://www.facebook.com/anjungkeli.my/
LAMAN Facebook Restoran Anjung Keli di https://www.facebook.com/anjungkeli.my/
KERABU antara pilihan pelanggan Anjung Keli
KERABU antara pilihan pelanggan Anjung Keli
PELBAGAI jenis kerabu jadi hidangan
PELBAGAI jenis kerabu jadi hidangan
MASAKAN makanan laut berasaskan sotong juga antara sajian restoran Anjung Keli.
MASAKAN makanan laut berasaskan sotong juga antara sajian restoran Anjung Keli.
IKAN keli goreng rangup adalah antara kegemaran pelanggan Restoran Anjung Keli. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
IKAN keli goreng rangup adalah antara kegemaran pelanggan Restoran Anjung Keli. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
ANJUNG keli mahu pertahankan cita rasa warisan tradisi- Foto Norhanisah Kamaruzaman
ANJUNG keli mahu pertahankan cita rasa warisan tradisi- Foto Norhanisah Kamaruzaman
SESUAI dengan namanya, Restoran Anjung Keli memerlukan kira-kira 120 kilogram ikan keli sehari. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
SESUAI dengan namanya, Restoran Anjung Keli memerlukan kira-kira 120 kilogram ikan keli sehari. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
ANJUNG Keli dikendalikan pemiliknya dengan bantuan 21 pekerja. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
ANJUNG Keli dikendalikan pemiliknya dengan bantuan 21 pekerja. - Foto Norhanisah Kamaruzaman

Semuanya menyelerakan di Anjung Keli

PELBAGAI menu dan sajian yang menarik perhatian di Restoran Anjung Keli. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
PELBAGAI menu dan sajian yang menarik perhatian di Restoran Anjung Keli. - Foto Norhanisah Kamaruzaman

SEMUANYA nampak sedap, semua kita nak cuba, sungguh menyelerakan!

Lauk pauk puluhan jenis, sambal, air asam dan ulam-ulaman pula berbelas-belas, termasuklah pelbagai jenis kerabu, menjadikan pengunjung rambang mata hingga tak tahu nak pilih mana satu yang memenuhi cita rasa.

Itulah keistimewaan ditampilkan Restoran Anjung Keli di Kangar, Perlis, yang berkonsepkan tradisional kampung dan moden.

Pastinya restoran milik pasangan suami isteri, Azali Salleh, 44, dan Amis Azura Abdul Majid, 44, menampilkan pelbagai jenis masakan ikan keli sebagai hidangan istimewa mereka, namun hidangan kampung seperti ulam-ulaman dan kerabu yang sukar diperoleh di tempat lain, tapi di Restoran Anjung Keli, semuanya ada.

Justeru, inilah yang membuatkan restoran berkenaan semakin dikenali di setiap ceruk rantau dan terus beroperasi sejak lapan tahun lalu.

Ketika ke Kangar baru-baru ini, ramai kawan mencadangkan agar menikmati makan tengah hari di restoran ini. Dalam kalangan penduduk kampung, restoran ini mudah hendak cari iaitu apabila nampak banyak kereta diletakkan di sebuah kawasan lapang, seolah-olah ada majlis perkahwinan, itulah Restoran Anjung Keli.

MAMPU menampung sehingga 500 pelanggan membuatkan Anjung Keli selesa kepada orang ramai. - Foto Norhanisah Kamaruzaman
MAMPU menampung sehingga 500 pelanggan membuatkan Anjung Keli selesa kepada orang ramai. - Foto Norhanisah Kamaruzaman

Cita rasa kampung jadi keutamaan

Restoran Anjung Keli menampilkan suasana terbuka, iaitu sambil makan boleh menikmati pemandangan sawah dan ditiup pula udara nyaman.

Ia mampu menampung lebih 500 pelanggan setiap hari dan jumlahnya meningkat pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

Jadi, kalau berkunjung ketika waktu puncak antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang, ada kalanya pelanggan terpaksa berdiri lama menunggu meja kosong.

Azali menjelaskan, beliau memperoleh idea mengusahakan Restoran Anjung Keli apabila mewarisi resipi istimewa daripada arwah orang tuanya, Salleh Ali dan Zaiton Mohd Hanafiah yang berasal dari Kampong Jelempuk, Arau, Perlis.

Pengalaman berniaga kedai makanan bersama arwah ibu bapanya dan kini dibantu isteri, selain 21 kakitangan, beliau berharap perniagaan makanan yang diwarisi sejak turun temurun itu akan terus menambat selera orang ramai.

"Makanan ini jika kita rasa sedap, boleh makan, baru kita jual. Restoran kami menampilkan tema Warisan Cita rasa Tradisi. Jadi, kami mengutamakan masakan kampung untuk menambat selera pengunjung. Isteri saya pula bertindak sebagai penguji rasa makanan," katanya.

KERABU pasti menarik perhatian pelanggan
KERABU pasti menarik perhatian pelanggan

Tiada resepi rahsia

Azali berkata, tiada resipi rahsia bagi menjadikan ikan keli yang dibakar atau digoreng enak dimakan, cuma mereka akan pastikan ikan yang dibekalkan itu dibasuh bersih.

"Kerja itu (membersihkan ikan keli) agak rumit berbanding menggoreng. Ikan yang sudah dibersihkan itu, dibungkus mengikut prosedur ditetapkan, selain perlu mengelar badan ikan sebelum dihantar ke restoran.

"Kami juga menggunakan rempah-ratus terpilih dan kawalan api yang betul bagi memastikan ikan keli digoreng enak serta rangup," katanya.

Setiap hari kira-kira 120 kilogram ikan keli diperlukan untuk memenuhi permintaan orang ramai. Saranan penulis, Restoran Anjung Keli wajib dikunjungi!

INFO: Restoran Anjung Keli
* Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Padang Behor, Behor Pulai, Kangar, Perlis
(berhampiran Institut Pendidikan Guru Perlis dan Institut Latihan Perindustrian Perlis)
* Telefon: 019 44 333 84 & 04 976 5368
* Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi hingga 4.30 petang)
* Facebook (FB): anjung keli
* Laman sesawang: www.anjungkeli.my
* Emel: anjung_keli@yahoo.com

Menu utama/istimewa
* ikan keli goreng
* ikan keli bakar
* ikan keli masak lemak cili padi
* ikan keli masak sambal

Menu lain
* ikan selar bakar
* ikan pari bakar
* ikan haruan bakar
* ikan terubuk bakar
* perut bakar
* paru bakar
* kerabu pucuk paku
* kerabu pucuk selom
* kerabu kaki ayam.

Berita Harian X