Selasa, 10 Mei 2016 | 12:26am
ANTARA guni berisi benih kerang yang di rampas. - Foto Ihsan Polis Marin
ANTARA guni berisi benih kerang yang di rampas. - Foto Ihsan Polis Marin
LOT kebun terbukti berjaya mengubah hidup ramai nelayan kerang kerana memperoleh pendapatan tetap. - Foto Syarafiq Abd Samad
LOT kebun terbukti berjaya mengubah hidup ramai nelayan kerang kerana memperoleh pendapatan tetap. - Foto Syarafiq Abd Samad
PELAKSANAAN lot kebun kerang bukan sahaja membantu nelayan tempatan memperoleh pendapatan konsisten selain dapat mengelakkan berlakunya pencerobohan hasil laut di perairan negara. - Foto Syarafiq Abd Samad

Lot kerang boleh atasi seludup benih

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan perlu segera memperluaskan pelaksanaan lot kebun kerang di negara ini, dan diagihkan untuk jagaan nelayan setempat.

Selain memastikan nelayan tempatan memperoleh pendapatan konsisten, langkah itu boleh memastikan hasil laut perairan negara khususnya kerang, tidak diceroboh dan dikaut mana-mana pihak termasuk warga asing.

Ini kerana kawasan kerang yang tidak dijadikan kebun, terdedah kepada kecurian dan pencerobohan warga asing dan nelayan tempatan yang menjadi tali barut.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Selangor, Ab Aziz Selamat, berkata agihan lot kebun kerang dapat membanteras aktiviti penyeludupan benih di kawasan pelaksanaannya di negeri itu sejak 10 tahun lalu.

BENIH kerang yang dirampas ketika operasi kegiatan pengambilan benih kerang tanpa permit. - Foto Ihsan Polis Marin
BENIH kerang yang dirampas ketika operasi kegiatan pengambilan benih kerang tanpa permit. - Foto Ihsan Polis Marin

Beliau berkata, setiap 0.4 hektar perairan dijadikan kebun kerang di Selangor, dipantau 10 nelayan sebagai peserta, yang memastikan kawasan sumber rezeki mereka tidak diceroboh.

"Usaha ini memerlukan komitmen tinggi setiap nelayan untuk menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memantau segala kegiatan di sekitar perairan,

"Lot kebun kerang di Selangor terbukti berjaya mengubah hidup ramai nelayan negeri ini kerana memperoleh pendapatan tetap," katanya kepada BH.

Ab Aziz berkata, malangnya ada nelayan tempatan menjadi tali barut penyeludupan benih kerang di perairan yang tiada penjaga, menyebabkan ia sukar dibanteras Jabatan Perikanan.

KAWASAN kerang yang tidak dijadikan kebun, terdedah kepada kecurian dan pencerobohan warga asing dan nelayan tempatan yang menjadi tali barut. - Foto Syarafiq Abd Samad
KAWASAN kerang yang tidak dijadikan kebun, terdedah kepada kecurian dan pencerobohan warga asing dan nelayan tempatan yang menjadi tali barut. - Foto Syarafiq Abd Samad

Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Batu Pahat, Ramli Din, berkata risikan pihaknya mendapati pembabitan penduduk tempatan sebagai tali barut menunjuk lokasi, menjadi punca orang luar menceroboh dan mencuri kerang di perairan daerah itu.

"Sebelum ini, kami pernah bekerjasama dengan pihak berkuasa hingga dapat menahan tujuh individu yang terbabit mencuri kerang dan benihnya di perairan Batu Pahat.

"Semua individu itu adalah warga Indonesia yang menjadi pemastautin tetap sekitar Tanjung Karang, Selangor. Majoriti kecurian kerang di daerah ini, membabitkan mereka yang datang dari kawasan yang mempunyai kepakaran mengutip benih hidupan laut terbabit," katanya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim, pula menyarankan kerajaan agar mewartakan benih kerang di perairan negara sebagai hidupan laut eksotik supaya dilindungi undang-undang bagi mengelak dikutip mana-mana pihak.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus mengelakkan benih daripada dikutip dan diseludup kerana hukuman dikenakan adalah berat.

ANGGOTA Polis Marin memeriksa kerang yang dirampas dalam serbuan di sebuah jeti nelayan persendirian. - Foto Ihsan Polis Marin
ANGGOTA Polis Marin memeriksa kerang yang dirampas dalam serbuan di sebuah jeti nelayan persendirian. - Foto Ihsan Polis Marin

"Isu penyeludupan benih kerang sudah berlarutan lama dan memerlukan penyelesaian terbaik, berikutan itu saya merasakan adalah penting mengiktiraf kerang sebagai hidupan laut berharga buat negara.

"Jika tidak, makin ramai berani melakukan penyeludupan itu kerana nilai pasaran benih yang tinggi terutama sekali yang dikutip dari perairan Selat Melaka," katanya.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Dr Mazuki Hashim, berkata status Malaysia sebagai negara sumber tunggal benih kerang bermutu tinggi di Asia Tenggara, menyebabkan penyeludupan berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, pengaruh arus laut, pemeliharaan hutan paya bakau yang baik serta cuaca tropika dinikmati negara ini, membentuk habitat terbaik kepada pembiakan benih kerang, menyebabkan ia menjadi sasaran pengusaha ternakan itu dari negara jiran.

"Negara jiran seperti Thailand mempunyai ladang menternak kerang walaupun saya tidak pasti kualitinya tetapi hanya Malaysia mempunyai benih kerang yang baik.

KERANG atau nama saintifiknya Anadara Granosa. - Foto Syarafiq Abd Samad
KERANG atau nama saintifiknya Anadara Granosa. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Jadi pengusaha dari negara jiran sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan benih, walaupun kita tidak membenarkan sebarang pengimportan demi menjaga sumber yang ada," katanya.

Beliau berkata, tujuh kes cubaan seludup benih kerang dipatahkan Jabatan Perikanan dengan kerjasama pelbagai pihak tahun ini, manakala tahun lalu membabit 20 kes dan 2014 (30 kes).

Berita Harian X