Isnin, 2 Mei 2016 | 12:10am
S7 edge didatangkan dengan sistem operasi terkini Android 6.0 (Marshmallow) dan mempunyai kamera belakang dual piksel 12MP (F1.7) dan OIS pintar, manakala kamera depan pula 5MP (F1.7).
S7 edge didatangkan dengan sistem operasi terkini Android 6.0 (Marshmallow) dan mempunyai kamera belakang dual piksel 12MP (F1.7) dan OIS pintar, manakala kamera depan pula 5MP (F1.7).

Samsung Galaxy S7 edge nipis untuk orang muda

SAMSUNG Galaxy S7 edge.
SAMSUNG Galaxy S7 edge.

Galaxy S7 edge canggih, anggun

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan telefon pintar baharu, Samsung Galaxy S7 edge, baru-baru ini yang mempunyai reka bentuk anggun dan genggaman selesa.

Ia didatangkan dengan sistem operasi terkini Android 6.0 (Marshmallow) dan AP jenis octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit dan pemproses 14 nm.

Selain itu, telefon itu mempunyai memori 4GB RAM (LPDDR4), 32/64GB (UFS 2.0) dan kad mikroSD sehingga 200GB yang boleh memuatkan 200 filem atau 50,000 gambar berdasarkan filem 1GB dan gambar 4MB, sesuai bagi golongan muda dan profesional.

Ia menggunakan rangkaian LTE Cat 9 (450/50 mbps) yang mungkin berbeza dengan pasaran dan operator mudah alih.

Telefon itu berdimensi 150.9 milimeter (mm) x 72.6 mm x 7.7 mm dengan seberat 157 gram yang cukup nipis, selain mempunyai paparan 5.5' Quad HD Super AMOLED 2560 x 1440 (534 ppi).

Dari segi kamera, ia mempunyai kamera belakang dual piksel 12MP (F1.7) dan OIS pintar, manakala kamera depan pula 5MP (F1.7).

Kamera dual piksel pertama pada telefon berkenaan memberi imej lebih terang dan jelas, selain mempunyai kelajuan pengatup lebih cepat dan autofokus lebih tepat dalam keadaan cahaya rendah, tidak seperti model telefon pintar terdahulunya.

Telefon itu juga dilengkapi bateri 3,600 mAh, pengecasan cepat pada kedua-dua berwayar dan tanpa wayar yang memerlukan hanya kira-kira sejam setengah untuk mencapai bateri penuh.

TELEFON itu juga dilengkapi dengan bateri 3,600 mAh, pengecasan cepat pada kedua-dua berwayar dan tanpa wayar yang memerlukan hanya kira-kira sejam setengah untuk mencapai bateri penuh.
TELEFON itu juga dilengkapi dengan bateri 3,600 mAh, pengecasan cepat pada kedua-dua berwayar dan tanpa wayar yang memerlukan hanya kira-kira sejam setengah untuk mencapai bateri penuh.

Di samping itu, pengguna boleh mengakses kepada panel Edge untuk melihat kandungan dan perkhidmatan yang digemari dengan mudah hanya meleretkan ibu jari.

Paparan Sentiasa-Hidup baharu peranti itu juga memudahkan pengguna dengan pengalaman tanpa sentuh di mana mereka tidak perlu bimbang mengenai terlepas panggilan atau pemberitahuan penting.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S7 edge dilengkapi dengan perangkap debu IP68 dan kalis air sehingga 1.5 meter air dan 30 minit.

Spesifikasi:

  • Harga: RM3,099
  • Warna: Hitam onyx, perak titanium, emas platinum
  • Pemproses: Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm
  • Kamera: 5MP (depan), 12MP (belakang)
  • Paparan: 5.5' Quad HD Super AMOLED 2560 x 1440 (534 ppi)
  • Berat: 157g
  • Dimensi: 150.9 mm x 72.6 mm x 7.7 mm
  • OS: Android 6.0 (Marshmallow)

Berita Harian X