Sabtu, 27 Februari 2016 | 12:02am
SALAD Rambutan yang sudah disiapkan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SALAD Rambutan yang sudah disiapkan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Salad rambutan menyelerakan

BUAH-BUAHAN tempatan tidak kurang enaknya, mempunyai rasa manis semula jadi dan mudah didapati kerana kebanyakan boleh didapati tanpa mengira musim.

Tidak kurang juga ada menggemari campuran buah-buahan yang diambil dalam salad, puding, jeli, air batu campur (ABC) dan dinikmati bersama aiskrim mengikuti cita rasa masing-masing.

Misalnya, buah rambutan jika tiba musimnya di mana saja ada buah tempatan itu. Dengan rambutan, kita boleh menjadi buah itu sebagai jem, salad dan minuman dalam tin.

Buah-buahan tempatan yang diolah ke dalam makanan lain, mewujudkan cita rasa baharu penyedap minuman, ramuan tambahan dalam kek atau enak dinikmati begitu saja.

Bangkitkan selera

Hidangan salad buah misalnya, sedap dinikmati dan digemari ramai. Bagi sesetengah individu, salad buah segar disukai kerana selain dapat menyihatkan tubuh ia juga dapat mengenyangkan perut.

Salad buah ini juga dapat digunakan sebagai menu diet dan mudah disediakan. Bagi sesetengah resipi salad buah, tanpa menggunakan yogurt atau susu, ia masih enak dimakan begitu saja.

Bagi yang menggemari salad buah-buahan, rambutan antara buah tempatan yang nyata membangkitkan selera apabila buah itu disajikan sebagai salad dengan buah-buahan lain.

Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi, Salad Rambutan yang hanya mudah disediakan tetapi menarik untuk dicuba sebagai pemanis mulut. Resipi ringkas ini disediakan Cef Eksekutif dari Hotel Novotel Kuala Lumpur City Centre, Huzaidy Samson.

   

Salad buah ini boleh dijadikan makanan sempurna untuk memulakan pagi anda atau boleh juga disajikan ketika berkelah dan mengadakan majlis keraian. Ia juga menjadi kudapan istimewa yang boleh dinikmati pada bila-bila saja.

ANTARA bahan bahan untuk membuat laksam di TOKB Cafe, Avenue D Vogue. - Foto Mahzir Mat Isa
ANTARA bahan bahan untuk membuat laksam di TOKB Cafe, Avenue D Vogue. - Foto Mahzir Mat Isa

Bahan-bahan

1. 50 gram (g)Turkey ham (kuib)

2. 50g isi laici

3. 50g tomato ceri

4. 30g bawang merah (dihiris halus)

5.100g salad

6. Dua sudu besar minyak jagung

7. Tiga sudu besar jus oren

8. Satu sudu besar cuka

9. 50 g isi rambutan

10 Sedikit lada putih

11. Sedikit garam

12. Oren untuk hiasan

,B>Cara penyediaan

1. Potong tomato kepada dua bahagian.

2. Campurkan laici dan isi rambutan ke dalam mangkuk besar.

3. Campurkan bawang merah.

4. Campurkan isi ayam

5. Campurkan jus oren, cuka dan minyak jagung bersama sedikit garam dan lada putih.

6. Tuangkan campuran berkenaan ke dalam mangkuk salad.

7. Hiaskan dengan daun salad

8. Letakkan oren sebagai hiasan

Berita Harian X