Sabtu, 13 Februari 2016 | 12:07am

Sup teratai

HIDEAKI Lim menunjukkan sup teratai sajian sempena Tahun Baharu Cina. - Foto Saifullizan Tamadi
HIDEAKI Lim menunjukkan sup teratai sajian sempena Tahun Baharu Cina. - Foto Saifullizan Tamadi

BAGI kebanyakan masyarakat Cina, sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.

Antaranya ialah sup ubi teratai, enak dinikmati ketika panas.

Teratai, tumbuhan akuatik yang unik. Kuntuman bunganya mekar, mempesona. Mengikut mitos, bunga ini dikatakan menghidupkan suasana romantik khususnya kepada pasangan bercinta, melambangkan kesucian dua jiwa.

Tumbuhan dengan nama saintifik, Nymphaeaceae, juga dikenali sebagai lotus. Menariknya, daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya memiliki khasiat tersendiri.

Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai yang rasanya manis dikatakan, dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf.

Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan.

Dipercayai, biji teratai yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini.

Memanfaatkan khasiat teratai, pereka fesyen yang popular dengan rekaan berprestij siber, Hideaki Lim, menonjolkan sisi lain kehidupannya, dengan berkongsi cara masakan sup ubi teratai.

Tidak perlu banyak bahan

Bagi beliau, sajian ini mudah disediakan, enak dan paling penting melambangkan kerinduan terhadap keluarga. Selain tidak memerlukan banyak bahan, sajian kaya dengan khasiat.

Katanya, sajian itu menggamit kerinduan kepada keluarga, mengingatkan kepada nostalgia kehidupan kecil dan resipi turun menurun itu adalah sajian kegemarannya.

Secara peribadinya beliau berpendapat, sup ubi teratai melambangkan kerinduan kepada keluarga, kemesraan dan kasih sayang dan menyajikan hidangan sihat untuk seisi keluarga.

Katanya, bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan.

Makanan sihat

Beliau yang lebih suka menyediakan sendiri makanan di rumah kerana mahu memastikan masakan yang disediakan adalah pilihan makanan sihat, tidak mengandungi perasa.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga di Sungai Pelek, Sepang, menjadikan beliau tahu memasak berikutan ibu bapanya sibuk memasak, apa yang disediakan abang dicuba sendiri.

Justeru, Sup Teratai pilihan makanan sihat, kaya dengan khasiat, menyejukkan badan dan mudah disediakan tanpa bahan yang rumit.

Bahan-bahan untuk memasak sup teratai sempena Tahun Baharu Cina. - Saifullizan Tamadi
Bahan-bahan untuk memasak sup teratai sempena Tahun Baharu Cina. - Saifullizan Tamadi

Bahan-bahan:

  • 200gram (g) ayam
  • 10g kurma merah - direndam
  • 100g Ji zi (herba Cina) - direndam
  • 5g gula perang
  • Sedikit garam

Cara menyediakannya:

Hirisan buah teratai
Hirisan buah teratai

1. Hiris nipis ubi teratai.

SUP teratai antara juadah istimewa Tahun Baharu Cina. Foto SAIFULLIZAN TAMADI
SUP teratai antara juadah istimewa Tahun Baharu Cina. Foto SAIFULLIZAN TAMADI

2. Ayam dipotong sederhana, anggaran untuk empat orang makan.

3. Masukkan teratai yang dihiris ke dalam double boiler yang sudah dipanaskan.

4. Masukkan ayam yang dihiris ke dalam double boiler. (Tutup penutup double boiler)

5. Tambahkan empat mangkuk kecil air hingga melepasi bahan-bahan yang ingin dikukus.

6. Tetapkan masa untuk mengukus bahan untuk sup teratai. (masa yang dicadangkan adalah dua jam 30 minit)

SUP Teratai. - Foto Saifullizan Tamadi
SUP Teratai. - Foto Saifullizan Tamadi

7. Selepas hampir masak, tambahkan kurma dan ji zi untuk memberikan rasa herba semulajadi, kemudian tambah gula perang.

Tips :

- Kurma tidak tidak dimasukkan terlalu awal bagi mengelakkan kuah sup menjadi masam.

Terima kasih Hideaki Lim dan Pensonic Malaysia

Berita Harian X