Isnin, 4 Januari 2016 | 12:00am
PRODUK papan permainan dikenali sebagai 'What Say You' (WSY) untuk aktiviti kelab dan persatuan serta hiburan keluarga.
PRODUK papan permainan dikenali sebagai 'What Say You' (WSY) untuk aktiviti kelab dan persatuan serta hiburan keluarga.

Papan WSY bawa Politeknik Melaka ke persada dunia

MARINA (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Mei Ching (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (tengah).
MARINA (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Mei Ching (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (tengah).

PENSYARAH Politeknik Melaka (PMK), Marina Abu Bakar berjaya membangunkan produk papan permainan dikenali sebagai 'What Say You' (WSY) untuk aktiviti kelab dan persatuan serta hiburan keluarga.

Produk yang sesuai digunakan pelajar sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) itu mampu meningkatkan tahap pertuturan, pemikiran dan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.

Marina berkata, WSY diperkenalkan kepada beberapa sekolah dan IPT termasuk Sekolah Menengah Muzzafar Shah, Melaka; Sekolah Kebangsaan (SMK) Temenggong, Batu Pahat dan Politeknik Negeri Bengkalis, Indonesia, menerusi aktiviti, pertandingan serta misi sukarelawan.

"Produk ini berjaya mendapat sambutan dan maklum balas positif, sekali gus mendorong PMK bertindak untuk mendapatkan paten. Setakat ini, kami berjaya menghasilkan 200 set prototaip papan permainan dan semuanya sudah habis dijual.

TROFI yang dimenangi Politeknik Melaka (PMK)
TROFI yang dimenangi Politeknik Melaka (PMK)

"Kini, PMK berusaha untuk mengkomersialkannya menerusi kerjasama syarikat Brighton Education Group Sdn Bhd bagi menerbit, memasarkan dan mempromosikan produk WSY hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Selain Marina, projek WSY turut dijayakan dua pensyarah PMK iaitu Choo Mei Ching dan Saifulnizam Zakariah.

Produk WSY pernah mendapat pingat emas pada Majlis Conference, Competition And Exhibition (CCE 2014) dan terbaharu tempat pertama Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2015 kategori Anugerah Keusahawanan Terbaik.

Kejayaan itu melayakkan PMK menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 trofi dan plak yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

MARINA (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Mei Ching (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (tengah).
MARINA (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Mei Ching (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (tengah).

Marina berkata, pihaknya tidak menyangka akan meraih tempat pertama berikutan persaingan sengit terutama daripada penyelidik universiti.

"Alhamdulillah, produk ini memenuhi kriteria yang dikehendaki dari segi kreativiti, inovasi, pelaksanaan, skop,impak dan aspirasi oleh panel penilai.

"Langkah seterusnya ialah untuk memperhebatkan lagi promosi produk ini sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Berita Harian X