Sabtu, 2 Januari 2016 | 12:00am
WARUNG turut menyediakan makanan pisang goreng, ubi, tempe dan keledek.
WARUNG turut menyediakan makanan pisang goreng, ubi, tempe dan keledek.
PELANGGAN yang datang ke Warung R&R Kampung Olak Lempit biasanya tidak melepaskan peluang untuk menikmati ikan siakap kukus.
PELANGGAN yang datang ke Warung R&R Kampung Olak Lempit biasanya tidak melepaskan peluang untuk menikmati ikan siakap kukus.
PELANGGAN sedang menjamu selera di Warung R&R Kampung Olak Lempit
PELANGGAN sedang menjamu selera di Warung R&R Kampung Olak Lempit

Ikan Kukus 12 herba di warung kampung di tepi jalan

MENU masakan kampung, hidangan ikan air tawar jadi tarikan.
MENU masakan kampung, hidangan ikan air tawar jadi tarikan.

DILIHAT dari luar, Warung R&R Kampung Olak Lempit di Sepang, Selangor, tidak banyak berbeza daripada restoran lain yang sebaris dengannya di tepi jalan.

Namun, sajian istimewa warung ini bukan saja menjadi bualan penduduk kampung sekitarnya tetapi juga pengunjung dari luar, terutama dari Putrajaya atau Cyberjaya.

Warung yang menawarkan menu masakan kampung dan ikan air tawar ini sering dikunjungi ramai kerana rasa makanannya yang menyelerakan dan memberikan kepuasan setimpal dengan wang dibelanjakan.

Kedudukannya di tepi jalan utama dari Jalan Dengkil menuju ke Banting, turut memudahkan pelanggan untuk singgah atau berkunjung ke warung ini.

Mereka yang datang ke Warung R&R Kampung Olak Lempit kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk menikmati ikan siakap kukus dengan daun teratai, patin dan baung dari Temerloh masa tempoyak, sotong goreng dan seterusnya membasahkan tekak dengan cendol pulut bersama durian.

Warung ini turut menyajikan menu yang lazimnya terdapat di restoran besar seperti ayam penyet, keli dan puyuh bakar bersama ulam-ulaman daun gajus. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati lauk pauk yang disediakan bersama nasi daripada beras herba ponni untuk menambahkan kesedapan dan kenikmatan makan di sini.

Digemari pelbagai kaum

Pengusahanya, Nor Atikah Suhaila Sutrisno, 24, berkata, kebanyakan pengunjung ke Warung R&R Kampung Olak Lempit bukan sahaja penduduk setempat tetapi juga kakitangan awam atau penduduk dari Putrajaya.

Warungnya dibuka pada jam 11 pagi hingga 12 tengah malam dengan kehadiran pelanggannya memuncak pada setiap hujung minggu. Mungkin ketika ini, orang ramai sedang dalam perjalanan ke Putrajaya dan ke Morib untuk bercuti bersama keluarga.

Nor Atikah berkata, warung yang diusahakan bersama keluarganya sejak tiga tahun lalu itu memang menyediakan masakan kampung sebagai sajian utama dan setakat ini pengunjung berpuas hati dengan juadah yang ditawarkan.

"Masakan kampung memang menu utama di warung ini. Ia sangat sesuai dengan cita rasa penduduk di kawasan ini. Kebanyakan pengunjung yang singgah di warung ini, turut menggemari menu yang kami tawarkan.

PELBAGAI hidangan nasi.
PELBAGAI hidangan nasi.

"Menu paling digemari ialah ikan siakap kukus dengan daun teratai. Ia dimasak menggunakan 12 ramuan herba yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Harganya berpatutan iaitu RM25 seekor tetapi bergantung kepada saiz ikan juga," katanya.

Pada hujung minggu pula, warung ini menyajikan patin dan baung yang dibawa khas dari Temerloh, Pahang yang dimasak bersama herba segar dalam setiap sajiannya.

"Ramuan itu menjadi resipi rahsia keluarga. Sambutan patin dan baung yang dimasak dengan tempoyak sangat menggalakkan. Bukan sahaja orang Melayu, pelanggan Cina juga menyukai ikan ini.

"Selalunya, ada pelanggan datang awal kerana masakan ini cepat habis," katanya.

PEKERJA menyiapkan jus buah-buahan.
PEKERJA menyiapkan jus buah-buahan.

Bahan mentah segar

Selain siakap kukus daun teratai bersama ramuan herba dan patin serta baung masak tempoyak, Warung R&R Kampung Olak Lempit turut menawarkan kerabu perut lembu, mi kari istimewa selain makanan ringan untuk dinikmati sebagai minum petang seperti pisang goreng, ubi, tempe, cempedak goreng dan keropok.

Walaupun menu yang disediakan boleh dianggap ringkas, Nor Atikah menjelaskan, semua sajian menggunakan bahan segar yang dibeli terus daripada penduduk berhampiran.

"Selain dapat membantu pendapatan penduduk tempatan dengan membeli hasil tanaman mereka, kami juga sekurang-kurangnya dapat juga menyediakan makanan segar dan berkhasiat kepada pelanggan," katanya yang mengakui mewarisi bakat berniaga daripada ayahnya.

Berita Harian X