Isnin, 9 November 2015 | 12:03am
HUAWEI G8 ditawarkan pada harga RM1,499.
HUAWEI G8 ditawarkan pada harga RM1,499.
HUAWEI G8 memberikan pelbagai nilai tambah kepada pemilik.
HUAWEI G8 memberikan pelbagai nilai tambah kepada pemilik.
HUAWEI G8 didatangkan dengan antena berkembar pintar bagi menjamin kualiti capaian trasmisi berterusan.
HUAWEI G8 didatangkan dengan antena berkembar pintar bagi menjamin kualiti capaian trasmisi berterusan.

Huawei G8 impian mewah orang muda

TELEFON pintar, Huawei G8 menjadi kebanggaan syarikat gergasi Huawei Technologies Co Ltd.
TELEFON pintar, Huawei G8 menjadi kebanggaan syarikat gergasi Huawei Technologies Co Ltd.

JIKA sekali imbas terhadap spesifikasi dan kekemasan Huawei G8, pasti ramai beranggapan telefon pintar terbaharu keluaran gergasi Huawei Technologies Co Ltd itu ditawarkan untuk golongan mewah dan atasan.

Huawei G8 memuatkan teknologi peranti mudah alih terkini industri seperti kamera belakang 13MP dengan spesifikasi kamera SLR, skrin 5.5 inci HD penuh beresolusi 1920x1080, teknologi pengimbas cap jari, dan keupayaan bateri yang mengagumkan.

Menariknya, pada pelancaran Selasa lalu, Huawei Malaysia menetapkan harga G8 hanya RM1,499, kedudukan yang cukup strategik untuk bersaing dalam segmen telefon pintar golongan pertengahan dan merebut penguasaan pasaran pengguna muda.

Bagi pengguna yang mencari telefon pintar dalam rantau harga itu, pastinya Huawei memenangi bidaan jika dibandingkan dari segi teknologi dan spesifikasinya yang hampir menyamai telefon pintar mewah.

Secara asasnya, G8 menepati impian golongan muda apabila dikuasakan dengan prosesor Snapdragon 616 dan disokong dengan memori pemprosesan 3GB yang membolehkan prosesor lapan teras itu menjalankan operasinya dengan lancar.

SKRIN Huawei G8 bersaiz 5.5 inci HD.
SKRIN Huawei G8 bersaiz 5.5 inci HD.

Namun, perkara pertama yang akan menarik perhatian pengguna pastinya skrin besar G8 yang agak melengkung dikatakan bertujuan untuk memberikan kesan visual seperti 3D selain tujuan ketahanan berbanding model yang lain.

Kekemasan mewah pada binaannya disumbangkan 90 peratus reka bentuk besi yang dihasilkan menerusi kejuruteraan berketepatan tinggi kerana ia memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memegang telefon pintar ini walaupun berat G8 sekitar 167g.

Jika pembaca berkesempatan mencubanya, antara perkara utama yang perlu diuji adalah pengimbas cap jari yang menggunakan teknologi pengimbas generasi kedua Huawei dan dikatakan lebih baik berbanding Huawei Mate 7.

Selain tujuan sekuriti, pengguna boleh menggunakan pengimbas untuk merakam gambar, menjawab panggilan, dan mencuba beberapa pergerakan seperti sentuhan atas-ke-bawah untuk membuka panel notifikasi dan gerakan mengawal paparan gambar.

Ketika pelancaran, G8 turut diperkenalkan sebagai telefon pintar terbaik untuk fotografi menerusi lensa 13MP BSI pada bahagian belakang kamera, disokong pembukaan F2.0 dan lensa luas 28 mm, anti-gegaran, lampu limpah, penderia RGBW dan prosesor pengimejan terkhusus menyamai kualiti SLR.

KAMERA belakang 13MP menyerlahkan keupayaan Huawei G8.
KAMERA belakang 13MP menyerlahkan keupayaan Huawei G8.

Ia membolehkan pengguna merakam gambar walaupun dalam persekitaran kurang cahaya, cahaya terlalu cerah dan rakaman kompleks yang kemudiannya boleh dipertingkatkan kecantikan imej dengan "G8 beautification technology".

Kebanyakan telefon pintar golongan pertengahan di pasaran kini bagaikan menafikan pengguna untuk memiliki teknologi terkini dalam industri, namun berbeza dengan Huawei G8 yang memberikan pelbagai nilai tambah kepada pemilik.

Antaranya, antena berkembar pintar G8 yang menjamin kualiti capaian transmisi berterusan iaitu pada kualiti 40 peratus lebih tinggi dalam sambungan ke rangkaian telekomunikasi dan menggandakan keupayaan ketika transmisi lemah - teknologi yang biasa terdapat pada telefon pintar berspesifikasi tinggi.

Justeru, tidak hairanlah, telefon pintar jenama Huawei kini terus mendapat perhatian pengguna khususnya mereka yang bijak menilai kualiti dan spesifikasi tambah nilai terbaik bagi setiap segmen pasaran.

BERAT Huawei G8 cuma 167 gram.
BERAT Huawei G8 cuma 167 gram.

Berita Harian X