NASI goreng menjadi hidangan kegemaran yang sering dipesan apabila kita makan di luar. Selain hidangan yang cepat disediakan bahkan mempunyai pelbagai jenis variati.
Sebut saja nasi goreng, tentu terbayangkan ayam, udang, sayur dan rasanya yang enak jika dinikmati ketika masakan masih panas dan ditambah pelbagai bahan sebagai penyedap rasa.
Kali ini FAMILI berkongsi resipi nasi goreng Paradise yang disediakan selebriti masakan, Sherson Lian yang menjadi menu kegemaran di Paradise Cafe.
Bagi cef yang berusia 29 tahun ini, penyediaannya sangat mudah dan memberikan kelainan rasa berbanding nasi goreng biasa.
Bahan-bahan
1. 250 gram bawang
2. 80 gram bawang putih
3. 10 tangkai cili merah (dikisar)
4. 2 sudu besar pati tomato
5. 2 sudu besar pati kacang soya bergaram
6. 1 sudu besar gula
7. Sedikit minyak untuk menggoreng
Untuk nasi goreng
1. 40 gram isi ayam bahagian dada ayam (dihiris)
2. 5 ekor udang bersaiz sederhana
3. 1 mangkuk nasi putih
4. 1 sudu besar isi jagung
5. 1 batang daun bawang (dicincang)
6. 1 sudu besar pes nasi goreng
7. 1 biji telur (goreng dan hiris halus)
8. Sedikit garam dan lada, secukup rasa
9. Sedikit minyak untuk menggoreng
Untuk pes nasi goreng Paradise.
1. Kisarkan campuran bawang dan bawang putih untuk dijadikan dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili merah dan kemudian tambah pes tomato. Gaul rata.
3. Tambahkan pes kacang soya masin dan kacau selama 6-8 minit. Perasakan dengan gula.
Untuk membuat nasi goreng
1. Perapkan ayam dan udang dengan garam, lada hitam dan sedikit minyak. Biarkan selama kira-kira 30 minit.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan pes khas dan nasi. Gaul nasi dan pes hingga sebati.
3. Campur jagung, daun bawang dan nasi kemudian masukkan ketiga-tiga bahan ke ketuhar mikro. Letakkan ayam dan udang di atas nasi.
4. Masukkan nasi ke dalam ketuhar dengan api tinggi selama 3 minit. Keluarkan dari ketuhar mikro. Boleh juga gorengkan nasi itu menggunakan dapur biasa.
5. Hiaskan telur goreng yang dihiris halus, udang goreng dan salad. Sajikan nasi goreng Paradise.