Isnin, 13 Julai 2015 | 12:02am
VIVOFIT 2 diselaraskan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi Garmin Connect bagi membolehkan pengguna meneliti secara lengkap aktiviti harian mereka.
VIVOFIT 2 diselaraskan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi Garmin Connect bagi membolehkan pengguna meneliti secara lengkap aktiviti harian mereka.

vivofit 2 pengesan aktiviti kecergasan

VIVOFIT 2 ialah kesinambungan edisi kepada vivofit.
VIVOFIT 2 ialah kesinambungan edisi kepada vivofit.

TAHUN lalu Garmin memperkenalkan vivofit (veevo-fit) iaitu gelang kecergasan yang begitu diminati di serata dunia.

Baru-baru ini muncul pula vivofit 2 yang tidak kurang hebat dari segi fungsi khusus untuk mereka yang mementingkan aspek kecergasan.

Vivofit 2 meneruskan kesinambungan edisi terdahulu iaitu berperanan sebagai pengesan aktiviti dan lebih menarik aksesori gelangnya yang boleh ditukar mengikut warna kegemaran membantu pengguna kekal aktif bagi apa saja tujuan.

Ciri-ciri terbaharu vivofit 2 membantu pengguna untuk merangka tabiat kecergasan sepanjang hayat.

Sebagai tambahan kepada paparan visual bergerak, vivofit 2 turut menampilkan fungsi bunyi yang memberi peringatan kepada pengguna supaya bangun dan bergerak.

Penentu masa aktiviti pula membolehkan pengguna mengesan dan menganalisis senaman individu dan ciri tambahan terbaharu iaitu lampu belakang dapat memberikan lebih kecerahan dalam gelap.

VIVOFIT 2 membolehkan pengguna mengesan dan menganalisis aktiviti senaman individu.
VIVOFIT 2 membolehkan pengguna mengesan dan menganalisis aktiviti senaman individu.

Ternyata gajet ini melenyapkan segala halangan yang menyekat anda daripada merangka tabiat kesihatan.

Selain itu, rekaan vivofit 2 yang sememangnya menepati kehendak pengguna selama 24 jam tujuh hari seminggu turut didatangkan dengan jangka hayat bateri selama setahun.

Malah, gajet ini mempunyai kemampuan kalis air sedalam 50 meter sekali gus memudahkan pengguna untuk tidak menanggalkannya.

Vivofit 2 memantau perkembangan sepanjang hari dan menetapkan sasaran peribadi setiap hari dan menghantar peringatan apabila pengguna tidak aktif terlalu lama dengan paparan bergerak berwarna merah dan amaran bunyi.

Pemilik vivofit 2 juga perlu mengetahui bahawa berjalan selama beberapa minit akan mengeset semula paparan bergerak dan membantu mengurangkan risiko kesihatan.

VIVOFIT 2 mempunyai kemampuan kalis air sedalam 50 meter.
VIVOFIT 2 mempunyai kemampuan kalis air sedalam 50 meter.

Paparan di skrin vivofit 2 menunjukkan jumlah langkah, kalori, jarak, masa dan ciri lampu belakang bagi memudahkan pengguna menyemak statistik pada waktu siang atau malam.

Sehubungan itu, vivofit boleh diselaraskan dengan aksesori pemantau degupan jantung bagi mengesan kadar degupan dan zon data atau menggunakan ciri jam randik bagi merekod aktiviti dengan atau tanpa pemantau degupan jantung.

Vivofit 2 didatang dengan warna hitam, putih, biru dan merah jambu. Harganya pula ialah dari RM445 dan RM665 bersama pemantau degupan jantung (HRM).

Sementara itu, vivofit 2 turut diselaraskan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi Garmin Connect bagi membolehkan pengguna meneliti secara lengkap aktiviti harian mereka.

Berita Harian X