Isnin, 29 Jun 2015 | 12:02am
TELEFON pintar M4 Aqua Dual mempunyai prosesor lapan teras Qualcomm Snapdragon 615. - Foto ihsan laman web sonymobile
TELEFON pintar M4 Aqua Dual mempunyai prosesor lapan teras Qualcomm Snapdragon 615. - Foto ihsan laman web sonymobile

Peranti baharu Sony Mobile lebih ranggi

SONY Mobile Communications (Sony Mobile), baru-baru ini memperkenalkan tiga model Xperia baharunya iaitu Tablet Z4, telefon pintar C4 Dual dan M4 Aqua Dual; meletakkannya antara pilihan peranti mudah alih terbaik untuk merakam kenangan pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ketiga-tiga peranti itu menjadi bukti kepakaran gergasi elektronik Jepun itu dalam teknologi pengimejan mudah alih untuk menjamin rakaman imej terbaik walaupun ketika cahaya suram, memberikan kebebasan beraksi selfie pada sudut rakaman kamera yang lebih luas dan penderia pengimejan berkualiti tinggi.

TELEFON pintar M4 Aqua Dual miliki kuasa bateri yang mampu bertahan dua hari mengikut penggunaan. - Foto ihsan laman web sonymobile
TELEFON pintar M4 Aqua Dual miliki kuasa bateri yang mampu bertahan dua hari mengikut penggunaan. - Foto ihsan laman web sonymobile

Pengarah Negara (Malaysia) Sony Mobile, Andrew Cheong, berkata Sony Mobile memenuhi permintaan ramai dengan memperkenalkan peranti mudah alih yang lebih ranggi dan bergaya seperti Xperia Z4 Tablet, telefon pintar Xperia C4 Dual dan Xperia M4 Aqua Dual.

Katanya, menerusi pengenalan itu, pihaknya berharap dapat memberikan pengalaman menggunakan telefon pintar yang lebih baik kepada pelanggannya meliputi pelbagai peringkat pengguna khususnya golongan muda.

"Langkah kami untuk terus menerus memperkenalkan produk baharu di pasaran adalah bertujuan untuk memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan menerusi ciri-ciri khusus yang ada dalam setiap model yang dilancarkan.

"Pelanggan akan menghargai teknologi apabila ia mampu menepati kehendak khusus mereka dan keupayaan inovasi mempengaruhi gaya hidup, maka kami secara berterusan akan mempertimbangkan aspek ini untuk memuatkan permintaan itu dalam peranti terbaharu Xperia," katanya ketika pelancarannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TABLET Xperia Z4 dengan paparan 2K pada skrin 10.1 inci. - Foto ihsan laman web sonymobile
TABLET Xperia Z4 dengan paparan 2K pada skrin 10.1 inci. - Foto ihsan laman web sonymobile

Tablet Xperia Z4 kini ditawarkan pada harga RM2,699 seunit manakala harga RM3,199 untuk unit lengkap dengan papan kekunci, telefon pintarnya Xperia M4 Aqua Dual ditawarkan pada harga RM969, manakala harga Xperia M4 Aqua Dual pula hanya akan diumumkan bermula bulan depan.

Secara asasnya, Xperia Z4 ditawarkan untuk memenuhi kepuasan hiburan pengguna dengan paparan 2K pada skrin 10.1 inci, bateri lebih tahan lama dengan jangkaan mencecah 17 jam mengikut penggunaan, prosesor lapan teras Qualcomm Snapdragon 810, dan kapasiti storan 32GB.

Peranti kalis air dengan ketebalan 6.1 milimeter itu dibina dengan kamera utama 8MP, dilengkapi teknologi pengimejan terkini Sony, kamera hadapan 5.1MP dengan sudut lensa lebih luas yang memberikan lebih aksi untuk pengguna ber'selfie' dan panggilan video.

TELEFON pintar Xperia C4 Dual, selfie generasi baharu. - Foto ihsan laman web sonymobile
TELEFON pintar Xperia C4 Dual, selfie generasi baharu. - Foto ihsan laman web sonymobile

XPERIA C4 Dual kamera depan 5MP pada sudut lensa seluas 25mm. - Foto ihsan laman web sonymobile
XPERIA C4 Dual kamera depan 5MP pada sudut lensa seluas 25mm. - Foto ihsan laman web sonymobile

Manakala Xperia C4 Dual menerima jolokan sebagai telefon pintar selfie generasi baharu dibangunkan dengan kamera depan 5MP pada sudut lensa seluas 25mm, penderia pengimejan mudah alih Exmor RTM Sony, lampu limpah LED dan ciri-ciri HDR termasuk pada kamera belakang 13MP, auto-fokus dan aplikasi selfie untuk sentuhan rakaman berbeza.

Bagi Xperia M4 Aqua Dual adalah telefon pintar yang bakal memenuhi kehendak golongan remaja dengan ciri-ciri tahan lasak, kas SIMberkembar, prosesor lapan teras Qualcomm Snapdragon 615, sokongan liputan 4G LTE, Android 5.0 Lollipop dan kuasa bateri yang mampu bertahan dua hari mengikut penggunaan.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera belakang 13MP, kamera depan 5MP berlensa lebih luas, dikuasakan dengan penderia mudah alih Exmor RS Sonypada sensitiviti mencecah ISO 3200 membolehkan pengguna mendapatkan rakaman imej terbaik walaupun dalam pencahayaan rendah.

Berita Harian X