Isnin, 8 Jun 2015 | 12:01am
HUAWEI TalkBand B2.
HUAWEI TalkBand B2.

Huawei P8 tampil dengan teknologi tinggi

HUAWEI Technologies Co Ltd yakin mampu bersaing merebut penguasaan pasaran telefon pintar serantau menerusi pengenalan model telefon pintar eksklusif terbarunya, Huawei P8.
HUAWEI Technologies Co Ltd yakin mampu bersaing merebut penguasaan pasaran telefon pintar serantau menerusi pengenalan model telefon pintar eksklusif terbarunya, Huawei P8.

HUAWEI Technologies Co Ltd yakin mampu bersaing merebut penguasaan pasaran telefon pintar serantau menerusi pengenalan model telefon pintar eksklusif terbarunya, Huawei P8, standard baharu telefon pintar mampu milik yang dimuatkan dengan teknologi premium.

Menerusi strategi itu, gergasi teknologi China terbabit mengumumkan Huawei P8 mula dipasarkan di Malaysia, dengan pratempahan kini dibuka sehingga 17 Jun pada harga RM1,799 seunit.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Rantau Pasifik (Selatan), Henry Hsu, berkata pihaknya yakin dengan kualiti teknologi Huawei P8 dibuktikan dengan kesediaan kumpulan menyediakan jaminan khas perkhidmatan VIP untuk pembeli telefon pintar itu.

Katanya, jaminan itu meliputi gantian OnetoOne telefon pintar Huawei selama 12 bulan, perkhidmatan penghantaran percuma, gantian pelindung skrin percuma sekali dalam tempoh setahun dan jaminan skrin LCD selama tiga bulan.

"Menerusi strategi ini, kami dapat meningkatkan keyakinan pelanggan kepada produk jenama Huawei dan dengan teknologi yang ditawarkan, ia adalah lebih baik serta seimbang berbanding teknologi pintar di pasaran ketika ini.

"Pelancaran ini menjadi bukti kami mementingkan pasaran serantau dan bagi pasaran Malaysia, kami berharap dapat menggandakan penguasaan pasaran syarikat kepada sasaran 10 peratus menjelang akhir tahun berbanding hampir lima peratus ketika ini," katanya kepada media antarabangsa selepas pelancaran Huawei P8 di Singapura, baru-baru ini.

HUAWEI Watch.
HUAWEI Watch.

Pelancaran bersempena pembukaan Persidangan dan Pameran Teknologi B2B, CommunicAsia2015 itu turut meliputi pengumuman pengenalan peranti mudah alih baharu Huawei, termasuk Huawei P8lite, Huawei TalkBand B2 dan Huawei Watch di pasaran Malaysia secara berperingkat.

Huawei P8 yang dipacu teknologi mudah alih terkini, termasuk Android 5.0 Lollipop, prossesor lapan teras 64bit 2.0GHz Kirin930 dan Storan RAM 3GB, membuatkannya cukup berkuasa untuk menyediakan beberapa ciri pintar baharu dalam standard industri telekomunikasi.

 HUAWEI P8lite.
HUAWEI P8lite.

Antaranya, keupayaan Director Mode yang membolehkan pengguna merakam video daripada tiga peranti android serentak untuk pelbagai sudut rakaman, rakaman grafiti cahaya, ciri fotografi rendah dan kesan grafik rakaman video Timelapse. Reka bentuk dan lekuk P8 juga dihasilkan lebih halus serta eksklusif bagi memberikan sentuhan premium kepada binaan luaran telefon pintar terbaharu itu.

Berita Harian X