Isnin, 30 March 2015 | 12:01am

Gaya jam kecergasan

Peredaran masa dan zaman menyebabkan keinginan manusia turut berubah-ubah. Begitu juga dalam fesyen ketika bersenam.

   Garmin Malaysia baru-baru ini memperkenalkan koleksi jam terbaharu khusus untuk aktiviti seperti berlari dan melakukan aktiviti bersenam di dalam gim.

   Model jam yang dimaksudkan ialah Forerunner 15, vivosmart dan vivofit. Ketiga-tiga model jam ini amat sesuai kerana spesifikasinya begitu moden, canggih dan terkini.

FORERUNNER 15 mampu merekod jarak, kelajuan, kalori, rekod peribadi dan kadar degupan jantung.
FORERUNNER 15 mampu merekod jarak, kelajuan, kalori, rekod peribadi dan kadar degupan jantung.

   Forerunner 15, misalnya ialah jam untuk aktiviti berlari dengan keupayaan merekod semua tahap aktiviti kecergasan setiap hari. Lebih menarik ia dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS).

   Forerunner 15 memberi motivasi kepada pelari dengan merekod jarak, kelajuan, kalori, rekod peribadi dan kadar degupan jantung.

   Bagi memastikan pelari mengekalkan aktiviti di antara senaman, Forerunner 15 turut mengesan aktiviti harian, jumlah langkah dan kalori yang dibakar pada setiap hari. Ia juga mengingatkan pengguna jika mereka duduk terlalu lama.

Jam ini sangat sesuai untuk sesi latihan kecergasan di dalam atau di luar dewan manakala aksesori 'foot pod' boleh digunakan jika anda berlari di atas mesin pengisar injakan (treadmill).

FORERUNNER 15 turut mengesan aktiviti harian, jumlah langkah dan kalori
FORERUNNER 15 turut mengesan aktiviti harian, jumlah langkah dan kalori

TURUT dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS).
TURUT dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS).

Rekaan kesejahteraan hidup

Vivofit pula bukan sekadar menjadikan pemakainya bergaya, tetapi amat ringan dan sememangnya direka untuk kesejahteraan hidup.

   Vivofit dapat memenuhi kehendak mereka yang memerlukan lebih semangat untuk bangkit dari sofa atau meninggalkan meja di tempat kerja buat seketika untuk berjalan-jalan seketika di luar.

TERDAPAT garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam.
TERDAPAT garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam.

   Keunikan gelang kecergasan ini pasti memikat sesiapa saja yang gemar bersukan, bersenam dan menyertai aktiviti aerobik.

   Anda boleh memantau jumlah langkah diambil, kalori yang dibakar, berapa jauh anda daripada matlamat kecergasan dan ukuran metrik lain.

   Di atas skrin, gelang itu ada garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang dan lebih panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam dan mengingatkan anda supaya bangun membuat senaman ringan. Gelang ini mudah dibuka dan ditukar.

Bersifat halimunan

ANDA boleh menerima teks, e-mel atau panggilan menerusi Bluetooth dan memaparkan maklumat secara automatik.
ANDA boleh menerima teks, e-mel atau panggilan menerusi Bluetooth dan memaparkan maklumat secara automatik.

Sementara, vivosmart pula unik kerana paparannya yang bersifat 'halimunan' akan kembali hidup apabila anda menerima pemberitahuan atau apabila menyentuhnya.

Paparan OLED jam ini kemudiannya bersinar di sekeliling gelang berkenaan untuk memberitahu jumlah langkah anda, jumlah jarak, kalori yang sudah dibakar, masa dan banyak lagi.

VIVOSMART boleh dicaj semula menggunakan kabel USB..
VIVOSMART boleh dicaj semula menggunakan kabel USB..

vívosmart boleh menyelaraskan data anda menggunakan Garmin Connect, laman web komuniti kecergasan apabila menggunakan aplikasi percuma Bluetooth menerusi telefon pintar.

   Jam itu juga mengingatkan anda supaya kekal aktif dan sentiasa dihubungkan dengan teknologi pemakaian vivosmart.

   Setiap kali anda menerima teks, e-mel atau panggilan menerusi Bluetooth, jam ini akan bergetar dengan lembut dan memaparkan maklumat secara automatik. Anda cuma perlu sentuh dan leretkan jari di atas skrin untuk membaca.

VIVOSMART unik kerana paparannya bersifat 'halimunan'.
VIVOSMART unik kerana paparannya bersifat 'halimunan'.

Berita Harian X