Selasa, 17 March 2015 | 12:03am
SUKARELAWAN ketika bersedia untuk menentang ISIS di Tikrit, utara Baghdad. - Foto AP
SUKARELAWAN ketika bersedia untuk menentang ISIS di Tikrit, utara Baghdad. - Foto AP
SALAH seorang ahli kumpulan Negara Islam (IS) mengibarkan bendera.
SALAH seorang ahli kumpulan Negara Islam (IS) mengibarkan bendera.
KUMPULAN Negara Islam (IS).
KUMPULAN Negara Islam (IS).
KUMPULAN Negara Islam (IS).
KUMPULAN Negara Islam (IS).
ANTARA mangsa kekejaman kumpulan Negara Islam (IS).
ANTARA mangsa kekejaman kumpulan Negara Islam (IS).

IS digeruni Barat

KONVOI kumpulan Negara Islam (IS).
KONVOI kumpulan Negara Islam (IS).

KEMAMPUAN kumpulan Negara Islam (IS) menguasai sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria serta menjadi pasukan bersenjata digeruni di kedua-dua negara berkenaan dan negara Barat terus menjadi kebimbangan masyarakat dunia hari ini.

IS sebelum ini dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) atau Kumpulan Negara Islam Iraq, Syria (ISIS) sebelum diisytiharkan sebagai IS yang merangkumi Syria dan Iraq.

IS lahir daripada kumpulan al-Qaeda namun perbezaan utama antara dua kumpulan ini ialah IS percaya bahawa memerangi penganut Islam yang tidak sehaluan dengan mereka lebih penting daripada berperang dengan bukan Islam manakala bagi al-Qaeda, ia strategi yang akan memecah-belahkan umat Islam seluruh dunia.

ANTARA 10 suspek ditahan terbabit aktiviti IS
ANTARA 10 suspek ditahan terbabit aktiviti IS

Bangkit menggulingkan kerajaan

Pada awalnya, kewujudan mereka hanya sebagai kumpulan pemberontak yang bangkit menggulingkan kerajaan Presiden Bashar alAssad di Syria dan beberapa kumpulan jihad Islam dan bersenjata di Iraq bagi melindungi pengikut Sunnah di bumi Iraq.

Penguasaan mereka semakin meluas selepas menerima sokongan negara Arab seperti Arab Saudi, Yaman dan Qatar yang menyokong perjuangan kumpulan itu untuk menggulingkan Presiden Bashar di Syria.

Pemimpinnya, Abu Bakr al-Baghdadi kemudian mewujudkan IS dengan niat `membersihkan' semua wilayah di bawah penguasaannya, konon untuk mewujudkan negara Islam yang sempurna sebelum bertindak memperluaskannya menjadi empayar Islam.

Bagaimanapun, sejak kewujudan IS dan kawasan yang mereka kuasai semakin meluas, kehadiran mereka menjadi kebimbangan semua pihak terutama pihak Barat.

Kronologi Penguasaan IS

2003
Tahun permulaan pembentukan ISIS apabila kejatuhan Presiden Saddam Hussein. ISIS bermula dengan gerakan tauhid dan jihad iaitu kumpulan pemberontak pemerintahan Iraq dan penentang negara Barat terutama AS.

2004
ISIS melancarkan serangan bom di Iraq. Serangan itu mendapat tentangan rakyat Iraq yang pada mulanya menyokong mereka kerana ISIS dianggap melencong daripada perjuangan sebenar.

Oktober 2006
Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu ISIS sebagai pengganti Al-Qaeda.

2010
Selepas Ketua Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI), Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.

Disember 2010
Arab Spring bermula apabila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali. Arab Spring berterusan lagi dengan gugurnya Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada Februari 2011 diikuti jatuhnya Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada Ogos 2011.

Mac 2011
Konflik di Syria apabila sekumpulan rakyat yang disertai sebahagian tentera Syria yang berpaling tadah menentang rejim al-Assad dan pejuang jihad dari Kuwait, Tunisia, Algeria dan Pakistan bergabung membentuk Tentera Pembebasan Syria. ISIS memainkan peranan besar dalam mencetuskan konflik berkenaan.

Oktober 2011
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dibunuh.

Disember 2011
Tentera AS keluar dari Iraq setelah pencerobohan tentera AS pada tahun 2003. Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan USD10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya.

Julai 2012
Rejim al-Assad menerima tamparan hebat apabila gerakan pemberontakan memasuki Damsyik dan berjaya meletupkan bangunan keselamatan negara ketika mesyuarat penting keselamatan sedang berlangsung.

September 2012
ISIS melancarkan serangan ke atas misi diplomatik Amerika di Benghazi, Libya, yang membunuh empat orang, termasuk duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens.

Ogos 2013
Kerajaan Syria didakwa menggunakan senjata kimia di kawasan luar Damsyik hingga meragut 1,300 nyawa termasuk kanak-kanak.

September 2013
Barack Obama menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Syria, yang didakwa menggunakan senjata kimia.

Februari 2014
Hubungan ISIS dan al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS. Al-Qaeda mengambil keputusan untuk menyisihkan kumpulan itu sejak IS melakukan pembunuhan kejam ke atas masyarakat Syiah dan kaum Yazidi di Iraq. Namun al-Qaeda tidak mengecam kumpulan berkenaan kerana bimbang kehilangan sokongan kumpulan jihad yang menyokong ISIS.

Jun 2014
ISIS menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu. ISIS juga mengisytiharkan kewujudan IS dan permulaan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

Ogos 2014
Presiden AS, Barack Obama mengarahkan hampir 865 anggota tentera ke Iraq untuk mempertingkat kawalan ke atas diplomat Amerika dan memberi nasihat kepada tentera kerajaan Baghdad yang menentang militan itu.

September 2014
IS memuat naik klip video terbaharu memaparkan tindakan mereka menyembelih dua wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley dan Steven Sotloff sambil memberi amaran kepada Barack Obama supaya menghentikan serangan udara terhadap mereka di Iraq.

Sejarah IS
Bermatlamat menubuhkan kerajaan khalifah dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan Syria.

Bangkit ketika pencerobohan AS ke atas Iraq pada tahun 2006 sebelum mereka bergabung menjadi kumpulan besar di Syria pada tahun 2012.

IS diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi manakala anggotanya terdiri daripada mereka yang hidup susah dan tersisih daripada pembangunan arus perdana.

Merangkumi kumpulan pemberontak seperti Majlis Syura Mujahidin, Al-Qaeda, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah dan Tentera Mazhab Mansura

Bertanggungjawab melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh Syria dan Iraq.

PEMIMPIN kumpulan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi
PEMIMPIN kumpulan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi

Pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi
Dikenali sebagai Awwad Ibrahim al-Badri al-Sammari.
- Dilahirkan di Bandar Sammara, Iraq.
- Pakar strategi kejam, peraih dana yang berpengalaman dan pembunuh tanpa batasan.
- Didakwa pernah mendapat latihan ketenteraan di Israel dan juga bekas anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA).
- Digelar sebagai `individu paling berbahaya dunia' oleh majalah TIME dan `bin Laden yang baru' oleh majalah Perancis Le Monde.
- AS menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya.
- Pada tahun 2005, beliau ditangkap tentera AS dan menghabiskan masa empat tahun di penjara Kem Boca, selatan Iraq.
- Bertemu dan berlatih dengan pejuang al-Qaeda di penjara itu.
- Mengambil alih pimpinan selepas ketua al-Qaeda terbunuh.

Berita Harian X