KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini membuka struktur Gerai Statik Jalan Kerja Ayer Lama untuk dijadikan kemudahan awam bagi pengunjung pusat komersial berhampiran.
Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat, berkata kerja-kerja perobohan membabitkan sembilan unit gerai sedia ada yang sudah dikosongkan oleh para peniaga.
Sebanyak tiga notis pemakluman pemindahan peniaga di situ sudah dikeluarkan tahun lalu.
"Seperti yang dimaklumkan, lokasi itu akan dijadikan kawasan tempat letak kereta sebagai kemudahan awam buat para pengunjung pusat komersial berhampiran.
"Tiga notis itu dikeluarkan di Gerai Statik Jalan Kerja Ayer Lama pada tahun 2022 dan hingga kini, semua peniaga sudah ditempatkan di gerai dan kiosk di Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya yang terletak kira-kira 200 meter dari gerai berkenaan.
"Mereka juga sudah mula beroperasi sejak 16 Januari lalu," katanya.